Anak Cabut & Susun Semula Keyboard, Ibu Pening Kepala Bikin Dekah

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu yang lebih dikenali sebagai YunnHuda pening apabila mengetahui anaknya mencabut dan menyusun semula kedudukan huruf keyboard komputernya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat hurufkeyboard disusun mengikut turutan abjad sama seperti apa yang mereka belajar di sekolah.

“Masuk bilik anak-anak sekali tengok keyboard cantik bersusun A sampai Z. Berpuzzle la mama pagi buta,” jelasnya.

Apa yang lebih melucukan, reaksi anaknya yang mula ‘cuak’ apabila ditanya tentang hal tersebut mengundang dekah netizen. Pada awalnya dia menyalahkan abangnya namun apabila ditanya semula, dia mengaku bahawa dia yang menyusun keyboard tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@yunnhudaNak tahu apa dia explain?♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

@yunnhudaReply to @maskechik1994 nah art 2. memang dia drag abg dia sekali. haha♬ original sound – Yunn Huda

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 483.5K tontonan, 20.8K tanda suka, 221 komen dan 219 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan telatah budak perempuan tersebut yang gigih menyusun keyboard mengikut susunan abjad yang dibelajar di sekolah.

Dalam pada masa yang sama ada juga para netizen yang berseloroh mengatakan sebenarnya keyboard ituyang salah kerana hurufnya tidak tersusun dengan betul.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“hilang terus QWERTY”

“ala.. saja tu nk senangkan kj mamanya”

“sesat jalan pulang nampak gayanya”


“the right susunan ABC..hahah”

“hahaha siap ada tempat kosong..”

“perempuan tak salah.. keyboard tu yang salah”

“nasi pun dok terlekat kat pipi lagi.. gabra nak menjawab punya pasal hahahahaha”