Follow Trend TikTok, Gadis Tayang Pakwe Mirip Ahmad Maslan Buat Netizen Terhibur

Tidak dinafikan, anak-anak muda zaman sekarang ini dilihat lebih suka mengikuti segala jenis trend yang dikeluarkan sebagai konten di laman sosial.

Terutamanya, TikTok yang merupakan aplikasi terpaling popular sehinggakan segala konten yang ada, mereka akan cuba untuk ikuti.

Terbaru, pasti kita pernah elihat posting dari pengguna yang mengikuti trend menunjukan wajah pasangan mereka dan disamakan dengan selebriti atau public figure kegemaran masing-masing.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis menunjukkan gambar teman lelakinya persis seorang public figure mencuri perhatian ramai.

Disaat orang lain sibuk nak disamakan dengan Zul Arifin, Aeril Zafrel, Saharul Ridzwan dan banyak pelakon hebat yang lain, namun wanita ini mendedahkan wajah teman lelakinya yang mirip seorang ahli politik terkenal Malaysia iaitu, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @liyanaxcx di TikTok, dia melayangkan beberapa keping gambar Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dan teman lelakinya itu secara laju. Kemiripan wajah mereka memang tidak dapat disangkalkan lagi.


Video yang tular di laman TikTok:

@liyanaxcxHandsome la bf saya @_blank_76♬ original sound – callie stephens

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 744.3K tontonan, 93.5 tanda suka, 2879 komen dan 2908 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan trend yang dilakukan oleh wanita tersebut. Dalam masa yang sama, teman lelakinya turut sempat berseloroh dengan mengatakan sedang sibuk mahu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) susulan ramai yang mengiyakan kemiripan wajahnya dengan Ahli Parlimen Pontian itu.

Berikut merupakan komen-komen lucu warga maya:

“tengok sambil makan.. meja dah penuh dengan semburan makanan.. terima kasih”

“omg you won this challenge”

“anak Ahmad Maslan kot dik. Jadi menantu politik, pandai ko pilih dik”

“aku cuba untuk tahan gelak…”

“macam muka Jimin BTS, tang bibir sama”

Boleh pula tersama, apa-apa pun you won this challenge sis! hehehe