Pengantin Pakai T-Shirt Biasa Masa Akad Nikah, Rupanya Ada Kecemasan Sebelum Majlis

Majlis pernikahan merupakan perkara yang indah dan membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.

Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti makeup yang on point dan baju yang cantik.

Namun lain pula kisahnya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pengantin lelaki terpaksa hadir ke majlis pernikahannya tanpa mengenakan busana yang gah seperti yang telah dirancang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat nai oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @hajid17, kelihatan hanya memakai hanya memakai pakaian biasa iaitu seluar jeans dan T-Shirts sewaktu melafazkan akad nikah.

Difahamkan, pengantin lelaki terpaksa memakai pakaian yang kurang sesuai kerana berlaku kecemasan sebelum majlis pernikahan mereka.

Disebabkan tidak sempat menukar pakaian yang lebih sesuai, dia telah hadir ke perkarangan masjid hanya memakai pakaian biasa.

Bagaimana pun, majlis berjalan dengan lancar dan mereka berdua telah sah bergelar suami isteri.

Video yang tular di laman TikTok;

@hajid17alhamdullilah selamat sudah semoga sampai ke jannah

♬ bunyi asal – akal 343 – hajid2133

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 85.7K tontonan, 3626 tanda suka, 150 komen dan 241 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memahami situasi lelaki tersebut yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana segalanya tidak dirancang.

Dalam pada masa yang sama, para netizen juga berpendapat bahawa pakaian yang cantik bukanlah perkara yang wajib untuk menghalalkan sesebuah hubungan

Secara umumnya warganet bersatu hati dan pendapat dengan menyifatkan bahawa perkahwinan itu merupakan satu perkara yang mudah dan tidak perlu dipersulitkan.

Berikut merupakan komen daripada warga maya: