“Amboi dia punya buaih”, Gelagat Oyen ‘Tolong’ Kacau Masa Live Bundle Bikin Netizen Berdekah

Ada sejenis kucing yang menjadi feveret orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing berwarna oren ‘membuat onar’ sewaktu tuannya sedang live untuk menjual pakaian bundle mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @moonstar.b, kelihatan kucingnya yang bernama Ali tersebut melompat-lompat dan menyebabkan keadaan huru hara sewaktu belangsungnya siaran langsung itu.

“Jangan sampai Ali aku jual satgi” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@moonstar.b Jangan sampai Ali aku jual satgi 😂 #bundlemurahmalaysia #smallbusiness #openbale #flannel ♬ original sound – Zuza 🤍

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 101.3K tontonan, 16K tanda suka, 339 komen dan 137 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat si oyen yang kelihatan sangat ‘rancak’ mengganggu tuannya yang sedang mencari rezeki halal menerusi siaran langsung.

Malah dalam masa yang sama ramai para netizen yang berkongsi pendapat sama dimana mereka menyifatkan bahawa kucing yang berwarna oren ni sememangnya sering buat masalah dan terkadang diluar jankaan tuannya sendiri.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Oyen. Aku ada 3 ekor oyen bayangkan tangkap anak biawak masuk lam umah mak aku marah aku bukan oyen”

“Kami nak tengok Ali lagi”

“Amboi dia punya buaih. Tuan dia pun tak larat nak layan”


“Oyen tak pernah tak buat hal”

Dekat Malaysia ni kalau buat hal tu tak Myvi, Oyen. Dua tu je tak ada lain dah.. kikiki