Ditanya “Untuk Perhiasan Ke?”, Penggali Kubur Jelaskan Fungsi Bola Tanah Sebagai ‘Bantal’ Untuk Jenazah

Bekerja sebagai penggali kubur merupakan satu pekerjaan yang mulia kerana ia adalah sebahagian daripada fardu kifayah malah pekerjaan ini juga sememangnya mempunyai ‘ujian’ nya tersendiri dimana perlu mengerah tenaga di bawah panasnya cahaya matahari, atau perlu ‘mandi’ hujan ketika menggali liang lahad dan banyak lagi.

Dalam erti kata lain, bukan calang-calang orang yang mampu menjadikan ianya sebagai satu pekerjaan tetap.

Sering kita lihat, masyarakat membuat bebola tanah untuk diletakkan sebagai ‘bantal’ untuk jenazah yang hendak dimakamkan.

Pun begitu, tidak semua daripada kita mengetahui akan fungsi bebola tanah atau bantal tersebut.

Oleh itu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @adamkhalid000 telahmenjawab pertanyaan warga maya berkenaan bebola tanah tersebut.

“Tanah boleh itu untuk apa abang, perhiasan ke?” tanyanya di ruangan komen.

Lelaki terseutbagaimana pun memaklumkan bahawa bantal yang dibuat itu adalah untukmenahan jenazah daripada terbaring kerana sepatutnya jenazah perlu berada dalam posisi mengiring.

Bukan itu sahaja malah dia juga berkata bahawa bantal ini turut dibuat dalam angka ganjil seperti tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas.

Tidak lokek berkongsi ilmu, dia juga menyatakan kebiasaannya bantal tersebut akan diletakkan pada kepala jenazah, badan belakang jenazah, bahagian pinggul, pelipat kaki, dan belakang tumit jenazah.

Pada ruangan kapsyen video pula, lelaki tersebut turut menceritakan bahawa sahabat baik Rasulullah SAW, Abu Bakar turut meletakkan serupa batu bata di bawah kepala Rasulullah SAW saat baginda hendak dimakamkan.

Video yang tular di laman TikTok:

@adamkhalid000 Reply to @panjangg_96 Abu Bakar meletakkan serupa batu bata di bawah kepala Rasulullah SAW saat hendak dimakamkan. #fyp #GengLahad7 ♬ original sound – AdamKhalid000

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 727.4K tontonan, 68.3K tanda suka, 492 komen dan 715 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan perkongsian lelaki tersebut dan menyifatkan dia seseorang yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu apatah lagi dari segi bab fardhu kifayah.

Berikut merupakan komen warganet: