“Amboi Cikgu Gelak…” Cikgu Berdekah Lihat Anak Murid Selamba Tanam Pokok Plastik Buat Netizen Terhibur

Bercucuk tanam adalah satu amalan yang perlu dicontohi oleh semua orang. Tidak kiralah bercucuk tanam secara besar atau kecil-kecilan, ianya tetap boleh membantu ekosistem bumi.

Ada orang yang menjadikan ia sebagai terapi, ada orang yang suka menanamnya kerana gemar akan tumbuhan dan ada juga yang menjadikannya sebagai punca pendapatan.

Oleh kerana ilmu ini sangat penting, ianya juga diletakkan di dalam silibus pendidikan pelajar tadika kerana ingin mengajar mereka daripada usia yang muda. Malah ilmu ini juga menarik minat pelajar kerana mereka sendiri boleh melakukan aktiviti bercucuk tanam tersebut.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang guru berdekah melihat hasil tanaman anak muridnya yang bernama Fatin mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kaksu_002, kelihatan beberapa tanaman yang telah ditanam oleh pelajar.

Pun begitu, apa yang melucukan adalah seorang pelajar selamba menanam pokok plastik dan bukannya pokok hidup seperti yang diminta.

Dapat juga kita lihat, guru tersebut juga tidak dapat menahan ketawanya semasa mengeluarkan pokok plastik itu malah dia turut mencari anak didiknya itu di penghujung video.

Meneruso setu lagi video lain, difahamkan Fatin sudah ‘insaf’ kerana dia kelihatan menanam pokok hidup namun pokok plastik tetap tidak dibuang dan dibiarkan tertanam berhampiran dengan pokok hidup.

Video yang tular di laman TikTok:

@kaksu_002 #Fatin ooo fatin kau buat apa ni fatin… #fyp #fypシ #viral #masukberanda ♬ original sound – isayuni

@kaksu_002 #Fatin dah insyaf… tq yg like comment video sebelum ni. #fypシ #masukberanda #viral ♬ original sound – isayuni

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 431.8K tontonan, 44.5K tanda suka, 1547 komen dan 1341 perkongsian di platform TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat Fatin yang menanam pokok plastik dan dalam masa yang sama para netizen juga tidak dapat menahan ketawa apabila mendegar cikgunya berdekah gara-gara gelagat anak muridnya.

Berikut merupakan komen warga maya:
“Amboi cikgu gelak sampai suara habis.”

“Tak lama lagi berbuah lah tu, cikgu apa tau.”

“Tak perlu baja, tak perlu siram. Segar memanjang.”


“Sampai kiamat takkan tumbuh dek.”