“Di luar samseng, di rumah makan mak suap..” Telatah Manja Oyen Undang Tawa Netizen

Ada sejenis kucing yang menjadi favourite orang ramai iaitu kucing oren rakyat Malaysia lebih gemar menggelar sebagai oyen.

Tak kiralah baka apa pun, kalau kucing tu bulunya warna oren, automatik tergolong dalam persatuan kucing-kucing oyen seMalaysia.

Oyen ni boleh dikatakan terkenal dengan sifatnya yang nakal, selalu buat masalah dan huru-hara, tapi mukanya yang comel dan sifatnya yang manja tu lah yang membuat semua orang cair.

Bermacam-macam ragam kucing oyen ni! Rasanya tak ada satu hari pun yang bosan kalau dengan kucing oyen ni. Mesti ada je akalnya nak buat masalah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana si bulus ini yang terkenal dengan perangai samsengnya rupa-rupanya sangat manja apabila di rumah.

Menerusi Video yang dimuat naik di Twitter @Kocheng ini memaparkan keadaan seekor Oyen yang sedang makan. Tapi apa yang peliknya, makanan itu disuap oleh tangan tuannya sendiri.

“Di luar samseng..di rumah makan pun disuap mak..”

Ramai yang tidak percaya dengan perkara itu sebab rata-rata dari kita tahu macam mana perangai oyen yang sebenarnya. Tapi korang tengok sendiri lah video yang tular ini, memang manja oyen kali ni.

Video yang tular di laman Twitter:

Siapa sangka, ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 303.6K tontonan, 6804 ulang kicau dan 24.5K tanda suka di platform Twitter.

Meninjau reaksi netizen, rata-rata warganet terhibur dengan telatah oyen yang manja itu dan tidak percaya begitu rupanya perangai oyen bila di rumah.

Berikut merupakan pendapat warga maya: