“Busuk dalam kereta” Minta Ikan Untuk Dijadikan Mainan, Budak Ini Siap Bawa Ikan Sekali Naik Kereta

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki minta ibunya membelikannya seekor ikan untuk dijadikan mainan mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @atikahnizan_, kelihatan seorang budak lelaki memegang plastik yang berisi ikan dan meminta ikan itu untuk dijadikan mainan.

Difahamkan, pada awalnya wanita ini enggan memberikan ikan tersebut kepada anaknya namun budak lelaki ini menangis tanpa henti selagi tidak diberikan ikan tersebut.

Oleh kerana tiada cara lain, wanita ini dengan pasrah memberikan ikan tersebut kepada anaknya. Lihat sahaja lah gelagat anaknya yang membawa ikan tersebut keman sahaja dia pergi.

Apa yang lebih melucukan adalah budak lelaki tersebut membawa ikan itu masuk ke dalam kereta seperti ikan itu adalah ikan mainan sehingga kereta berbau busuk dan hanyir gara-gara ikan tersebut.

Video yang tular di lama TikTok:

@atikahnizan_Sabar !♬ original sound – ælya

@atikahnizan_ Balas kepada @vendornhbeauty ♬ bunyi asal – atikahnizan_

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6M tontonan, 146.6K tanda suka, 3247 komen dan 4015 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak lelak tersebut yang selamba minta dibelikan ikan untuk dijadikan mainan.

Tidak cukup dengan itu, ada juga segelintir para netizen yang berseloroh mengatakan ianya boleh menjimatkan wanita ini kerana tidak perlu membeli barang mainan yang mahal.

Berikut merupakan komen warga maya: