Selamba ‘Rembat’ Ayam, Wanita Ini Sempat Beri Pesanan Pada Kucing Buat Ramai Terhibur

Pernah tak bila kita pergi ke kedai makan, ada kucing yang datang pada kita minta makanan? ada yang sampai melompat ke peha kita semata-mata ingin disuapkan sedikit makanan.

Tengok je muka comel si bulus ni, hati jadi cair. Ada yang siap orderkan seketul lagi ayam untuk mereka makan. Bahagia betul kan bila dapat berkongsi rezeki.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor kucing selamba mencuri ayam wanita ini mencuri perhatian ramaai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syirafauzi__, kelihatan dia sedang berada di sebuah kedai makan yang tidak pasti dimana lokasinya.

Pada awalnya, dia merakam makanannya dan ianya nampak seperti biasa dan tidak ada apa-apa yang berlaku namun rupa-rupanya, ayam yang berada dalam pinggan itu telah dicuri oleh si bulus.

Dapat juga kita lihat si bulus sedang enak makan ayam goreng tersebut tanpa langsung rasa bersalah dan apa yang mampu dilakukan oleh wanita ini hanyalah bersabar kerana pada dasarnya kucing tersebut hendak mengajar kita untuk tidak lupa berkongsi rezeki.

“Aku pergi beli air kejap je , dia dah rembat ayam tu” katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi sebuah lagi video lain, dikatakan dia pergi semula ke kedai tersebut untuk makan, tiba-tiba dia terserempak dengan kucng yang sama namun pada ketika itu si bulus tersebut kelihatan sangat ‘behave’.

Wanita ini juga sempat berseloroh kepada kucing tersebut dengan mengatakan “lain kali minta tau, jangan curi” sambil tangannya menyuapkan makanan kepada kucing comel itu.

“suspek yang sama tapi harini dia sopam” ujarnya

Video yang tular di laman TikTok:

@syirafauzi__Aku pergi beli air kejap je , dia dah rembat ayam tu 😭👍🏻

♬ original sound – ælya

@syirafauzi__ Reply to @iekazulaikaaaa ♬ original sound – panggil syira je

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 206.1K tontonan, 27.4K tanda suka, 362 komen dan 211 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat si bulus yang sangat nakal mencuri ayam wanita itu.

Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang turut berkongsikan pengalaman yang sama dimna makanan mereka dicuri oleh kucing jalanan.

Antara komen warga maya: