“Alamat tu tak wujud” 30 Rider FoodPanda Kena Tipu, ‘Prankster’ Buat Tempahan Palsu

Rider atau penghantar makanan antara pekerjaan yang mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai.

Di bandar-bandar besar, ramai orang memilih menggunakan khidmat rider untuk memudahkan urusan memandangkan kesesakan lalu lintas yang tinggi ke semua arah.

Rider Food Panda ditipu

Namun begitu, menerusi satu posting yang dimuat naik oleh WOB, rider Food Panda di Thailand telah ditipu oleh individu tak dikenali baru-baru ini.

Jika sebelum ini ada kisah pemilik restoran yang terpaksa menanggung kerugian selepas ada pelanggan membuat pesanan palsu.

Kisah di Thailand berbeza sedikit pada kali ini. Difahamkan, individu tersebut telah buat 80 order yang berbeza tapi menggunakan rider yang berbeza.

30 Rider terima alamat yang tidak wujud

Seramai 30 orang rider penghantar makanan telah dihubungi untuk membuat penghantaran kepada satu alamat yang sama.

Apabila rider sampai di lokasi, mereka terkejut sebab masing-masing berada di tempat yang sama dengan makanan yang sepatutnya dihantar.

Pada ketika itulah, mereka sedar sebenarnya individu tersebut telah menipu dengan memberikan alamat yang tidak wujud.

Banyak makanan dan minuman yang dipesan

Menerusi gambar yang dimuat naik menunjukkan banyak makanan dan minuman yang telah dipesan itu.

Sementara itu, laporan polis juga telah pun dibuat dan kes ini sedang dalam siasatan pihak polis.

Diharap orang yang membuat pesanan palsu ini dapat diberkas dan moga rider yang teraniya diberikan keadilan.