Bantu Peniaga Lepas Air Jualan Habis Tumpah, Sikap Ahli Group Suami Masak Apa Hari Ini Dipuji

Ramai diantara kita turut terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berjalan.

Pelbagai sumbangan diberikan kepada orang ramai bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Namun begitu, ramai yang tetap berusaha untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai juadah makanan.

Baru nak cari duit beli baju raya

Menerusi satu posting yang dimuat naik di salah satu ‘group’ masakan Suami masak apa hari ini, seorang lelaki berkongsi kisah sedihnya.

Ramai yang tampil membantu

Namun begitu, posting berkenaan dibanjiri dengan komen dari ahli group berkenaan yang sudi menghulurkan sumbangan kepada lelaki berkenaan.

 

Ramai yang tampil membeli makanan tersebut

Apa yang lebih menarik, ramai yang turut meninggalkan komen mahu membeli jualan lelaki tersebut walaupun jualannya tadi telah tumpah.

 

Sifat keharmonian dan keprihatinan rakyat Malaysia yang ditunjuk oleh segelintir pengguna Facebook di dalam sebuah page iaitu Suami Masak Apa Hari Ini patut diberi pujian.

Menerusi perkongsian daripada Asnawi Yusof, beliau turut berkongsi kisah tersebut di laman Twitternya.

Terima kasih kepada semua yang membantu

Sementara itu, lelaki yang tertumpah jualan tadi turut membalas tweet berkenaan dan menyatakan ucapan terima kasih buat semua yang membantunya.

Sifat yang ditunjukkan oleh mereka ini boleh dijadikan teladan dan contoh. Semoga rakyat Malaysia saling bantu membantu antara satu sama lain.