Demi Besarkan Anak, Ibu 53 Tahun Ini Bekerja Sebagai Pemandu Trailer! Lihat Cabaran Dihadapinya

Benar kata pepatah tangan wanita mampu menggoncang dunia. Pada masa kini, terdapat ramai wanita yang mula menceburi peluang pekerjaan yang dahulunya hanya dimonopoli oleh golongan lelaki.

Namun seiring dengan peredaran zaman, ramai wanita telah berani menceburi pelbagai bidang antaranya seorang ibu tunggal ini yang bekerja sebagai pemandu trailer.

Bukan calang-calang wanita jika mampu mengendali kenderaan yang besar ini. Kecekapan dan kepakaran perlu dikuasai dengan mahir kerana kebanyakan profesion ini dikatakan lebih sesuai dilakukan oleh kaum lelaki.

Tekanan itu mula meleset kerana seorang ibu tunggal berumur 53 tahun berani masuk ke dalam bidang yang mencabar ini apabila menjadi salah seorang pemandu trailer.

Saudari Rosalekka Salim, berjaya mengubah banyak perspektif memilih kerjaya sebagai seorang pemandu trailer wanita.

Merujuk kepada fakta, menerusi All Womens Talk antara kerjaya berbahaya di dunia yang turut diceburi wanita adalah pembalak, askar, pilot, pelombong dan jurutera gas dan minyak.

Nama wanita tersebut adalah Rokiah Salim atau nama lainnya Rosalekka Salim berusia 53  tahun dan merupakan seorang ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki.

Dia berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan menggelarkan dirinya  Hakak Lori (Kakak Lori). Rosalekka memandu kenderaan jenis  trailer bertayar 10 yang digunakan untuk mengangkut kontena dari Pelabuhan Pulau Pinang.

Rokiah memulakan kerja seawal jam 8.30 pagi dengan memandu lori ke pelaburan untuk mengangkut kontena-kontena dari kapal kargo dengan lorinya dan menghantar ke depot untuk proses membaik pulih.

Rutinnya sebagai pemandu lori trailer lazimnya akan berakhir pada 10.30 malam. Setiap bulan Rokiah mampu membuat hampir 150 trip dengan lori trailernya.

Walapun fizikalnya dia tampak bertubuh kecil sahaja tetapi dia mampu mengendalikan lori trailer dengan baik. Usia beliau yang mencecah 50-an tetapi masih gagah dan kuat untuk mengendalikan lori trailer.

“Mulanya banyak syarikat yang menolak sampailah syarikat yang saya bekerja sekarang memberikan peluang. Sejak itu, bermulalah kehidupan saya sebagai pemandu lori kontena.”

“Sebelum ini kerja pemandu lori susah sebab tertekan dengan kehendak majikan, tetapi sekarang memandu lori menjadi lebih senang,” ujarnya.

Walaupun ramai ahli keluarga dan kawan yang menentang beliau menceburi bidang pekerjaan ini, namun sokongan anak-anaknya merupakan pendorong utama beliau untuk meneruskan pekerjaan sebagai pemandu lori.

Selain itu, Rokiah juga gemar mengenakan  baju kurung semasa bekerja pada hari jumaat dan ia menjadi salah satu tabiatnya untuk memandu lori kontena dengan memakai pakaian tradisional baju kurung.

“Pemandu treler perlu memakai seluar panjang dan kasut demi keselamatan.

“Bagaimanapun, saya memohon kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk berbaju kurung pada setiap Jumaat demi menghormati hari itu,” katanya.

Beliau merupakan seorang wanita yang sentiasa periang dan ceria. Disamping itu, beliau turut menggemarikan aktiviti-aktiviti lasak, menerusi foto-foto dan videonya di Facebook dia sukakan aktiviti sukan maraton, mendaki gunung dan melancong.

Sebelum beliau menjadi pemandu lori trailer, beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang selama 18 tahun. Beliau turut selesa bekerja sebagai pemandu lori trailer kerana waktu bekerja yang fleksibel.

“Menjadi pemandu lori tidak dikongkong waktu pejabat dan ada ruang masa yang fleksibel. Malah pendapatan juga berlipat kali ganda,” katanya.

Tanpa Mengenal erti susah dan perit, usahanya yang tidak pernah berputus asa berbaloi apabila mampu memperoleh pendapatan RM7,000 sebulan tidak termasuk bonus, komisen dan elaun makan.

“Biasanya pendapatan kami mencecah RM4,000 sebulan, kalau rajin boleh dapat sampai RM6,000 hingga RM7,000,” tambahnya.

“Ramai graduan pilih untuk tidak bekerja sedangkan banyak sangat kerja kosong yang ditawarkan di Malaysia termasuk menjadi pemandu lori.

“Cubalah! Jangan cuma bergantung pada ibu bapa saja,” katanya.

Pasti ada kesukaran dan rintangan yang dihadapi beliau dalam meneruskan kerjaya di bidang yang dimonopoli lelaki ini antaranya beliau pernah diganggu, dia menganggap kerjaya itu menyeronokkan.

“Ketika berada di selekoh di kawasan Seberang Perai, tiba-tiba ada lelaki mabuk melompat di hadapan treler. Dia bersama beberapa lagi rakannya melemparkan kata-kata kesat dan menghalang laluan saya.

“Mujur ada van kebetulan lalu di kawasan itu dan pemandu van berkenaan menghalau mereka,” katanya.

Beliau sentiasa mengambil kata-kata semangat daripada ayahnya untuk terus berusaha, Rosalekka tidak pernah mengeluh.

“PESAN AYAH… “KAU KENA RAJIN..”KAU KENA KUAT” KALAU KAU X RAJIN.. KALAU KAU X KUAT.. KAU AKAN LAPAR…masih teringia di telinga. Itu lah kata semangat untuk terus membina diri… Biar lah ade yg MENCEBIK.. Ade Hakak Lori Kesah.. Selamat bekerja semua… Yehaaaaa!” tulisnya.

Semoga perkongsian cerita menarik ini memberi inspirasi kepada semua wanita diluar sana. Jika kita rajin berusaha pasti ada kejayaan dihadapan kita.