Perkongsian Tentang Warga Emas Kelaparan Jadi Perhatian, Ebit Lew Tampil Bantu Pak Cik Tidur Di TBS

Tidak semua manusia di atas muka bumi ni terlahir dalam golongan yang senang bahkan ujian hidup juga sememangnya berbeza untuk setiap orang.

Begitulah juga degan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Insyirah terjumpa seorang lelaki berusia lebih separuh abad yang berkeliaran di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur tanpa tujuan.

Memetik laporan mStar, Gadis yang mesra disapa Syirah ini berkata hatinya tergerak untuk mendekati warga emas yang kelihatan terabai itu di kawasan medan selera pada Isnin, 30 Mei lalu.

Ujar siswa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur ini, pada ketika itu dia sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung halamannya di Perak.

“Saya dengan kawan tengah tunggu bas nak balik ke Perak dari UPNM. Saya tengah makan dekat food court dekat tingkat atas TBS tu kira-kira pukul 8 malam.”

“Selepas saya selesai makan, saya perasan ada seorang pakcik ni duduk betul-betul di sebelah saya. Saya perhati dia makan sebab nampak berselera sebab nampak lapar betul cara dia makan.”

“Saya nampak dia ada letak sebatang tongkat dekat atas meja dia tengah makan tu. Tiba-tiba saya nampak raut wajah dia bertukar sedih. Tapi masa tu dia tak pandang sesiapa pun. Cuma fokus dekat makanan dia sambil minum teh tarik,” jelas Syirah.

Bagaimana pun, Syirah memberanikan diri untuk berbual bahkan luluhnya hati gadis ini apabila mengetahui lelaki berkopiah putih itu rupa-rupanya hidup sebagai gelandangan.

“Saya tanya macam-macam soalan dekat pakcik tu sebab nampak dia berseorangan dekat terminal bas ni. Rupa-rupanya pakcik ni beritahu dia datang dari Kedah sebab nak cari kerja. Tapi disebabkan faktor umur yang sudah tua dan kesihatan jadi tak ada siapa pun nak ambil dia bekerja.”

“Dia malu nak cakap sebenarnya takut orang tak percaya tapi saya paksa dia suruh beritahu juga. Sebenarnya dia tidur dekat kawasan TBS tu saja.”

“Kalau ada orang bagi duit baru dia makan. Paling sedih ketika itu dia hanya ada RM2 saja,” jelas Syirah lagi.

Tambah Syirah yang bersimpati dengan nasib malang menimpa lelaki ini, dia membeli tiket bas untuk pakcik ini pulang ke kampung halaman di Kedah.

“Saya hanya mampu bantu setakat itu saja. Lagipun susah nak berhubung dengan dia sebab telefon bimbitnya dah rosak. Tapi saya ada tinggalkan nombor telefon pada pakcik ni untuk hubungi saya. Kalau pakcik ni perlukan apa-apa bolehlah dia hubungi saya.”

“Apabila pakcik ni beritahu yang ahli keluarganya dah meninggal memang cukup menyedihkan. Sekarang memang tinggal dia sorang saja, jadi kalau balik kampung pun sama saja macam dia duduk di Kuala Lumpur ni,” ujarnya.

“Saya post video tu dekat TikTok supaya lebih ramai orang yang jumpa pakcik ni nanti boleh bantu dia.”

“Tak sangka ramai juga yang pernah terjumpa pakcik ni sebelum ni. Apabila baca dekat ruangan komen tu mereka beritahu yang pakcik ni selalu merantau. Mereka pernah terjumpa dia dekat Rawang dan Perlis juga sebelum ni,” katanya.

Siapa sangka, perkongsian wanita ini bukan sahaja mengundang sebak warga maya malah mendapat perhatian daripada Ebit Lew kerana orang ramai dikatakan ‘menyeru’ namanya yang terkenal dengan sifat pemurah agar dapat membantu pakcik tersebut.

“Tengah live tik tok berkongsi nasihat ramai anak muda komen minta tolong pakcik TBS. Tik tok Syira dan Maisarah. Merantau dari Sik Kedah ke KL cari kerja. Tiada duit tinggal beberapa ringgit sahaja. Tidur di TBS. Pukul 12 malam terus bergegas cari pakcik ni sampai 4pagi tak jumpa.”

“Seharian mencari pakcik ni tak tidur. Malam tadi 10malam rezeki akhirnya terjumpa. Pakcik ni ada rumah di Kedah. Isteri dan meninggal dunia. Tinggal seorang diri di kampung. Umur 70 lebih. Tapi susah tiada duit tu yang selalu datang kl nak cari duit untuk makan minum. Sedih tengok macam ayah-ayah kita. Saya kata pakcik nak tak kami beri duit bulanan.”

“Katanya dulu pernah ada bantuan tapi dah banyak bulan kena potong. Tiada bantuan. Pakcik duduk kampung rehat je. Katanya memang ingin nak duduk kampung je. Saya beri sedikit duit. Pakcik ni sebak. Ulang kali cakap terima kasih. Katanya tak pernah ada orang beri duit banyak begini. Kena halau kena marah bila minta tolong.”

“Sedih dengar ceritanya. Saya yang dah tiada ayah ni. Rindu teramat pada ayah saya. Malam ni terus bawa ke rumah saya untuk rehat tidur. Pakcik ni makan minum laju dan habis 2 bekas. Lapar sangat. Sedih pula rasanya. Bila bagi jubah dan kurta seronok sangat. Senyum sampai telinga. Katanya esok saya balik nak pakai kurta ni ustaz. Pergi masjid solat.”

Ya Allah. InsyaAllah pagi ni nak bawa pakcik ni beli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan balik ke Kedah. Semoga pakcik tidur lena dan rehat yer. Ya Allah maafkanlah diriku disaat tidur lena ada orang dalam kesusahan dan kelaparan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap kedua insan berhati mulia ini dimana wanita itu sanggup memberi bantuan awal terhadap pakcik tersebut dan disusuli oleh Ebit Lew.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar lebih ramai orang baik seperti ini diluar sana yang mana sedia menghulurkan bantuan saat melihat orang lain berada di dalam kesusahan.

Video yang tular di laman TikTok & Instagram:

@ic4dlatte

tolong la viralkan aku takleh la bende cam ni sedih teramat 🙏🏻😭

♬ original sound – PecintaSholawatan – Nurul♥️AA