6 Bulan Menghilang Tanpa Khabar, Hati Isteri Hancur Lihat Suami ‘Muncul’ Dengan Perempuan Lain

Setiap perempuan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan lelaki yang dicintai itu akan menjadi suami yang bertanggungjawab terutamanya pada anak-anak.

Pun begitu, ada juga dikalangan para lelaki yang sanggup mengkhianati hati isteri dengan bermain kayu tiga dibelakangnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Jolly Hong kecewa dengan suaminya yang menghilang selama 6 bulan dan muncul semula dengan membawa wanita lain.

Lebih menyakitkan hati adalah, suaminya itu selamba memakai baju sedondon dengan perempuan tersebut membuatkan Jolly berasa sangat sedih.

Jolly menceritakan bahawa suaminya itu baru sahaja pulang dari Bangkok selepas 6 bulan menghilang.

Jolly juga mendedahkan bahawa suaminya itu tidak pernah hubungi atau video call Jolly dan anaknya sepanjang ketiadaannya di rumah.

Bukan itu sahaja, malah duit untuk Jolly pun langsung tak diberi walaupun suaminya tahu Jolly tidak bekerja sejak mengandung.

Menerusi video lain, dapat kita lihat Jolly cuba untuk bercakap dengan suaminya namun suaminya yang masih terpinga itu hanyamampu berdiam dan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Dapat juga kita lihat si anak yang berdiri di sebelah ibunya turut kecewa dengan sikap ayahnya malah dia nampak seakan marah terhadap lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap suaminya itu yang sudahlah tidak bertanggungjawab malah ada hati nak main kayu tiga di belakang isteri.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga melabelkan lelaki tersebut ‘sampah’ malah menganggap curang adalah pilihan dan bukannya kesilapan.

Antara komen warga maya:

“buang saja sampah itu pada tempatnya.. kamu an anak mu akan sukses tanpa nya..”


“suami yang tidak bertanggungjawab!”

“didiklah anak perempuan jadi perempuan bijaksana..”

Video yang tular di laman Facebook: