Aiskrim Percuma Dari FamilyMart Buat Anda Lahir Bulan Disember

Ini semestinya berita gembira buat mereka yang lahir pada bulan Disember kerana kedai serbaneka popular, FamilyMart akan memberikan aiskrim secara percuma. Menariknya, anda boleh memilih aiskrim pilihan anda sama ada Belgian Dark Chocolate atau pun Matcha. Cara untuk dapatkan aiskrim secara percuma mudah sahaja. Anda perlu muat turun aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda dan [...]

Berita gembira buat anda yang lahir pada bulan Disember kerana kedai serbaneka popular, FamilyMart mengumumkan untuk memberikan aiskrim secara percuma.

Apa yang menarik, anda boleh memilih aiskrim pilihan anda sama ada Belgian Dark Chocolate atau pun Matcha.

Mudah saja cara untuk mendapatkan aiskrim percuma ini di mana anda perlu muat turun aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda dan mendaftar menjadi ahli.

Kemudian pergi ke bahagian reward atau ganjaran, pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus aiskrim percuma anda.

BACA: Ini 10 Makanan Menu Family Mart Malaysia Wajib Anda Cuba

Tetapi anda perlu tahu hadiah khas ini sah sehingga 31 Disember ini sahaja dan boleh didapati di semua cawangan FamilyMart kecuali di Genting Highlands dan KLIA2.

Jadi tunggu apa lagi? Benda percuma ini jangan sia-siakan.