[FOTO] Raja Permaisuri Agong Umum Berita Gembira, Tengku Hassanal Pulang 10 Hari Lagi

Menerusi satu posting Raja Permaisuri Agong, Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,  Baginda berkongsi satu khabar gembira.

Khabar gembira itu mengenai anakanda baginda yang akan pulang ke tanah air pada 13 Disember ini.

Pastinya naluri seorang ibu gembira menanti kepulangan anak-anak dan pastinya baginda juga tidak sabar menanti detik itu.

Tamat kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst

Baginda berkongsi khabar gembira itu menerusi posting terbaru di laman sosial Twitter milik baginda pada hari ini.

“Insha Allah pada 13 Dec, tamat lah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst dan akan pulang balik Malaysia untuk berkhidmat di Regiment 12 Melayu , Kuantan. Alhamdulillah”.

Bakal berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja

Ujar baginda lagi, sekembalinya ke tanah air Tengku Hassanal dikatakan akan berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 yang terletak di Kuantan, Pahang.

Selain itu,baginda turut mengakhiri posting berkenaan dengan lafaz Alhamdulillah sambil menyertakan sekeping foto Tengku Hassanal yang segak memakai baju Melayu putih.

 

Posting itu turut mendapat reaksi dari netizen yang rata-ratanya gembira dengan berita kepulangan Tengku Hassanal ke tanah air dan berkhidmat untuk Rejimen Askar Melayu Diraja.

My beloved son, Hassanal Ibrahim Alam Shah

Menerusi satu lagi posting yang dibuat oleh baginda sekitar Jumaat lalu, baginda berkongsi gambar Tengku Hassanal segak memakai seragam tentera mengangkat tabik hormat.

Gambar yang disertakan kapsyen “My beloved son, Hassanal Ibrahim Alam Shah” jelas menggambarkan betapa kasih si ibu sabar menanti anakanda pulang ke pangkuan keluarga.

Biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pada 18 Jun 2018 telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Istiadat pemasyhuran telah diadakan pada 29 Januari 2019 di Balairung Seri Istana Abu Bakar Kuantan.

Pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda yang ketika itu bakal melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.