Ini 10 Makanan Menu Family Mart Malaysia Wajib Anda Cuba

Kalau anda biasa travel ke luar negara seperti Jepun dan Korea Selatan, pasti kedai Family Mart ini sentiasa menjadi kunjungan untuk mengalas perut. Ada pelbagai jenis makanan di Family Mart ini yang memang sangat sesuai dengan selera Melayu kita.

FamilyMart adalah francais kedai serbaneka dari negara Jepun dan rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun selepas 7-Eleven. Sekarang, FamilyMart memiliki 24,243 kedai di seluruh dunia di Jepun, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.

Di Malaysia sekarang dah jadi trend untuk makan di FamilyMart terutamanya bagi kaum wanita.

FamilyMart telah membuka cawangan Malaysia yang pertama di Wisma Lim Foo Yong di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dalam masa yang singkat sahaja, FamilyMart telah menjadi popular kerana ia adalah kedai serbaneka yang pertama menjual ais krim lembut dan snek segar.

Semua makanan ready-to-eat di FamilyMart Malaysia dibuat dengan bahan halal. Produk yang tersedia di FamilyMart yang disahkan Halal akan mempunyai logo Halal pada pembungkusannya.

Bagi anda yang tak pernah berkunjung ke FamilyMart dan tak tahu nak makan apa di sana, artikel ni khas untuk anda. Ini adalah 10 makanan FamilyMart Malaysia yang wajib anda cuba!.

1 Soft Serve Ice Cream

Soft ice cream FamilyMart ini antara benda pertama yang wajib anda cuba. Terdapat dalam dua perisa French Vanilla dan Matcha.

2 Bento Box

Bento Box FamilyMart ini sangat sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam. Ada pelbagai jenis kombinasi makanan yang anda boleh cuba.

3 Strawberry Sando

Ini macam sandwich strawberi. Strawberry Sando FamilyMart adalah soft caket yang dipenuhi krim dan stroberi.

4 Oden FamilyMart

Makanan ni lebih kurang macam steamboat atas lori. Ada macam-macam pilihan makanan.


5 Banana Milk

Orang kata kalau sekali minum susu pisang ni mesti nak cari lagi. Minuman ni agak popular di Korea Selatan.

6 Japanese Ice Cream

Lebih kurang sama je macam aiskrim kita, cuma aiskrim ni memang diimport dari Jepun,

7 Rice Crackers

Ada macam-macam jenis rice crackers yang anda boleh pilih seperti mochirato dan sweet potato sticks rice crackers.

8 Choco Chip Sando

Biskut cokelat ini anda wajib cuba. Sedap!

9 Onigirl FamilyMart

Makanan tradisional orang Jepun. Walaupun nampak kecil tapi kalorinya tinggi dan mengenyangkan.

10 Strawberry Shortcake

Shortcake ni agak istimewa sebab ianya dihidangkan di dalam cawan. Pasti anda tak menyesal kalau cuba.

________

Lokasi FamilyMart Malaysia setakat ini adalah di sekitar Lembah Kelang dan Genting Highland termasuk di Sunway Velocity, MyTown, Changkat Bukit Bintang, Resorts World Genting dan Mid Valley Megamall.

Menurut sumber, lebih 1000 cawangan akan dibuka di seluruh negara, membawa konsep konbini (Jepun) ke Malaysia menjelang tahun 2025.