“Menggeletis!” Pelanggan Lain Terlalu Bising, Wanita Pasrah Sambutan Birthday Terganggu

Tidak kira lah walau dimana jua kita berada, ‘adab’ perlulah dibawa bersama bahkan ianya juga telahpun di ajar daripada kita kecil lagi.

Bagaimana pun, pada masa kini sikap menghormati orang lain seakan-akan telah hilang seperti tidak diterapkan dalam diri.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan wanita membuat bising di kedai makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @iraraaraaa97, dia berada di sebuah kedai makan bersama keluargan dan rakan-rakan sekaligus ingin meraikan hari ulang tahunnya.

Pun begitu, sewaktu sesi membuka hadiah, suaranya kedengaran sayup oleh kerana bising dek suara pelanggan lain.

Dapat kita lihat, sekumpulan wanita dibelakangnya bersembang dengan agak kuat menyebabkan semua yang berada di situ tidak selesa.


Manakan tidak, bukannya kuat yang biasa-biasa namun bercakap dengan kuat yang sangat bingit menyebabkan ramai yang geram mendengarnya.

“Apa perasaan korang bila tengah family time dengan keadaan bising2 macam tu.. saya tak kisah kak, memang kedai makan boleh bising tapi sikit respect la kt family saya tu.. kitorang nak ckp pun sampai tak dengar suara each other… thank u for ruin my birthday ” ujarnya di ruangan komen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen melabelkan sekumpulan wanita itu ‘menggeletis’ kerana sengaja mencari perhatian ramai dengan suara yang agak bingit.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui mereka bercakap dengan kuat yang luar biasa seolah tiada perasaan malu.

Netizen tidak menafikan turut tidak berasa selesa jika berada di tempat wanita ini dan bertindak akan menegur mereka.

Antara komen warga maya:

“Hmm kesiannya sis ni and orang lain.. jadi takde mood dah kalau saya kena macam tu”

“Abang dekat belakang dengan anak tu pun nampak macam stress je”


“Menggeletis betul group belakang”

“Pernah tegur dulu 1 vid same issue macam ni last2 i kena bash balik cakap “nak diam pi pusat sumber”

“Weh kalau aku segan kat tempat awam buat bising walaupun dengan member reramai”


Video yang tular di laman TikTok:

@iraraaraaa97Apa perasaan korg bila tgh family time dgn keadaan bising2 mcmtu 😩 saya tk kisah kak, mmg kedai makan boleh bising tp sikit respect la kt family saya tu🥲 kitorg nak ckp pun smpai tk dengar suara each other… thank u fr ruin my birthday 😭🙏♬ original sound – Iraraaraaa