Tulis Surat Ajak Abang Curi2 Jumpa Belakang Asrama, Detik Abang Usap Kepala Adik Buat Ramai Sebak

Hubungan adik beradik sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan apa jua cara sekali pun.

Mereka tetap merupakan darah daging dan disebabkan itu lahirnya satu perasaan rindu jika sudah lama tidak bersua muka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang abang bertemu adik perempuannya di pagar belakang asrama mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, Amir Ashraff Abdullah memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, Nur Shuhadah yang berusia 11 tahun adalah pada awal Februari lalu.

Ujarnya, bekerja di lokasi yang jauh menyebabkan dia sukar untuk bertemu dengan adik bongsunya yang kini berada di asrama.

“Saya bekerja di kedai makan di Jerteh, Terengganu manakala adik tinggal bersama dengan bapa saudara di Felda Perasu, Gua Musang di Kelantan dan bersekolah di sana.”

“Disebabkan saya mendapat cuti selama empat hari, saya bercadang untuk balik kampung dan berbuka puasa bersama dengan adik-adik.”

“Tapi saya terlupa yang Shuhadah dah masuk asrama, jadi saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan dia kerana SOP sekolah menetapkan ibu bapa mahupun penjaga tidak dibenarkan melawat murid bagi mengekang penularan wabak Covid-19.”

“Malah barang makanan yang dibelikan untuk Shuhadah juga dikirim melalui pengawal keselamatan,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik.

Bercerita lanjut, adiknya itu mengirim surat untuk bertemu setelah mengetahui dia berada di kampung halaman.

Katanya, surat ringkas yang dikirim itu meminta dia datang ke pintu belakang pada pukul 5 petang untuk berjumpa.

“Surat tu dia bagi pada 5 April melalui sepupu yang belajar di sekolah sama selepas dia tahu saya ada kat kampung. Sebelum itu pada Ahad 3 April saya bercadang nak jumpa dia tapi makcik cakap tak boleh melawat, jadi saya beli makanan kat kedai RM2 untuk dia,” luahnya sebak.

Apa yang membuatkan netizen bertambah sebak adalah, adiknya tidak berpeluang menikmati kasih sayang daripada ibu bapa dan hanya menumpang kasih daripada ibu serta bapa saudara.

Disebabkna perkara itu, sebagai anak sulung sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada adik-adik yang masih kecil.


Dia juga turut meluahkan bahawa dia berpeluang untuk bertemu dengan adik-adik adalah pada waktu cuti sahaja selain jika dia mempunyai kewangan lebih untuk pulang ke kampung halaman.

“Tempat saya tinggal di sempatan Terengganu dan Kelantan, saya balik ke kampung dengan menaiki bas… perjalanan kira-kira tiga jam. Disebabkan sukar untuk balik, jadi Shuhadah rindu nak jumpa dan dia merupakan satu-satunya adik perempuan yang saya ada, yang lain semua lelaki.”

“Apabila bertemu dia akan bercerita semua perkara kepada saya, apa yang buatkan dia sedih atau apa yang berlaku pada dia,” rintihnya sayu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga memasang hasrat untuk membawa semua adik-beradiknya tinggal sebumbung satu harii nanti.

Video yang tular di laman TikTok:

@amir_rima26setiap senyuman seseorg pasti ade kesedihan yg terpendam😿

♬ nhạc nền – pcy

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 139.1K tanda suka, 1172 komen dan 915 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat adiknya yang menangis kerana sudah lama tidak bertemu abangnya apatah lagi pada moment abangnya mengusap kepala adiknya.

Antara komen warga maya: