Menangis Taknak Masuk Sekolah, Ayah Sebak Bila Dengar Jawapan Anak

Sering kira dengar ayat ‘ayah merupakan cinta pertama anak perempuan’ jadi tidak hairan lah jika ramai anak perempuan sangat akrab dengan ayahnya.

Dapat kita lihat, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah sekian lamanya terperap di rumah dek kerana perintah kawalan pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Macam biasa, pelbagai ‘drama’ dan gelagat anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan.

Manakan tidak, biasa ‘berkepit’ dengan mak ayah namun kali ini perlu berdikari sendiri bagi menimba ilmu pengetahuan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak membuatkan ayahnya mengalirkan air mata dihadapan pintu sekolah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syazzamer, difahamkan anaknya tidak mahu masuk ke sekolah.

Ayahnya yang puas memujuk akhirnya bertanyakan satu soalan dan jawapan anaknya benar2 membuatnya berasa sebak.

“Aisya kenapa taknak masuk sekolah.. aisya tak sayang ayah ke?” tanya lelaki tersebut.

“Aisya sayang ayah.. aisya nak balik..” jawab anaknya sambil memeluk ayahnya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@syazzamer Balas kepada @arra_othman #sayangayah #fyp ♬ bunyi asal – Zamer

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 856K tontonan, 71.2K tanda suka, 736 komen dan 731 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak dengan situasi tersebut dan mengakui sekuat mana sekalipun seorang ayah namun dia pasti ‘kalah’ dengan anak perempuan.

Antara komen warga maya:

“kuat mana pn laki tu, dia ttp akn kalah dgn ank perempuan.. lagi2 yg sulung… kita ayah terkuat dn terhebat bg mereka…”

“sama suami sayabanjir teruk kalau anatar anak pi sekolah.. anak terpinga-pinga cari kawasan beratur.. bapak melalak risaukan anak..”

“beautiful relationship.. mesti anak dia kesayangan ayah ni”


“macam tu rasa kalau hantar anak lelaki pun.. rasa nak patah balik sekolah ambil bawa balik..”

“sama macam anak saya.. tiap pagi hati sayu.. bila di tanya.. taknak tinggal mama dengan adik dekat rumah.. nak teman mama dekat rumah..”