Dalam kehidupan seharian, pelbagai adat dan budaya yang kita dengar serata dunia tidak kira lah di mana sekali pun, pasti mereka ada keunikan tersendiri.

Pun begitu, tidak dinafikan sesetengah adat memang tidak biasa didengar tetapi mempunyai makna yang tersendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu hamil mengamalkan adat Sunda sebelum bayinya lahir telah mencuri tumpuan ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sanggar.liza, kelihatan pasangan suami isteri sedang mengadakan majlis kesyukuran sempena tujuh bulan bayi dalam kandungan.


Apa yang lebih menarik perhatian adalah ahli keluarga perlu memasukkan belut atau ikan ke dalam kain ibu hamil dan difahamkan ianya merupakan adat Sunda.

Nampak aneh, namun siapa sangka ianya mempunyai makna tersendiri dimana memasukkan belut adalah supaya proses kelahiran bayi akan menjadi lebih lancar.

Ada juga yang masukkan ikan emas yang membawa makna supaya bayi yang dilahirkan tidak songsang.

Dapat juga kitalihat reaksi wanita itu yang hanya mampu menahan geli dan terpaksa memberanikan diri demi menyempurnakan adat Sunda.

Video yang tular di laman TikTok:

@sanggar.liza #sanggarliza #upacara7bulanan #ShowYourFreestyle ♬ original sound – Sanggar Liza

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 7 Juta tontonan, 505K tanda suka, 444 komen dan 725 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-ata warga netizen akui turut berasa geli namun jika sudah adat, harus beranikan diri sehingga selesai upacara tersebut.

“Adat di Jawa pun macam tu, memang trauma habis” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah ada yang berkongsi pengalaman masing-masing dengan adat yang berlainan namun masih mempunyai tujuan yang sama di mana ingin melancarkan proses kelahiran

Berikut merupakan komen warga maya:

“yang takut sama belut, harus berani”

“aku bukan orang Sunda tapi aku pengen kek gini nanti kalau udah nikah”


“kalau didaerahku telur ayam kampung”