“Semua iklan dia hafal,” Tiru Suara Iklan TV Legend, Voice Note Pemuda Ini Undang Dekah Ramai

Jika di imbas kembali zaman ‘childhood’ kita dahulu, pasti ramai diantara kita yang teruja apabila dapat menonton cerita animasi di kaca TV.

Banyak cerita yang kita sering tonton contohnya yang paling famous adalah Doraemon, Power Rangers, Tom and Jerry, Kampung Boy, CatDog, Spongebob, Mr. Bean dan banyak lagi.

Pun begitu, masih ingatkan kita dengan iklan-iklan ‘lagend’ yang? Tidak dinafikan, ada sesetengah yang masih segar di dalam ingatan kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda menghafal setiap dialog dan intonasi iklan-iklan legend dulu telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naikoleh seorang pengguna TikTok iaitu @hasriansyahhh, kelihatan pemuda itu menghantar voice note iklan-iklan televisyen zaman dulu dalam group WhatsApp bersama kawan-kawannya.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah pemuda ini dia bukan saja menghafal setiap dialog iklan-iklan legend tersebut, malah intonasinya juga seakan sama seperti suara asal iklan itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@hasriansyahhh Bila kawan kau tukang hafal iklan 😂 #fyp #fypシ #tawau #sabah ♬ original sound – Hasriansyahhh

@hasriansyahhh iklan tv part 2 #fyp #fypシ #platinumdrinkvasia #vasia #dherbsterlajaklaris #alifsyukri #meesedap #wingsfood #gaviscon ♬ original sound – Hasriansyahhh

@hasriansyahhh Reply to @puwgdqhna Iklan tv part 3 #fyp #fypシ #jejakrasul #yusuftaiyoob #berascaprambutan #keropokmony #digibersamamu ♬ original sound – Hasriansyahhh

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 158.6K tanda suka, 3390 komen dan 3615 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat pemuda ini yang menghafal hampir semua iklan legend.

“Weh, dia punya hafal tak tinggal satu pun ayat. Mesti time iklan TV3 tak pergi mana-mana” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga berpendapat suara pemuda itu sama seperti iklan asal dan ianya sangat menggamit kenangan .

Antara komen warga maya:

“masalahnya smua iklan legend dia ingat.. terima kasih menghiburkan..”

“masa kecik dia ni pasti bahagia”

“bang.. orang layan movie bang bukan iklan.. time iklan gi jamban atau amik air jer bang”


“part nyamuk tu yang tak tahan tu”

“part cucur adabi aku nyanyi sekali”

 

“buka tv semata2 nak layan iklan “

“cerita 30 minit, iklan nye je dah 25 minit”

 

“protect this guy at all cost”

“ni mesti waktu kecik duk depan tv je”

” sakit perut aku”