Meninggal Selepas Melahirkan Anak Pertama, Reaksi Suami Buat Netizen Sebak

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina malah ianya juga membawa keceriaan pada ibu bapanya.

Pun begitu, ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook berkongsi kisah sedih dimana seorang ibu menghembuskan nafas terakhir setelah melahirkan anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Esse Ctb, kelihatan suaminya berada di sebelah jasadnya yang kaku sambil menangis seolah-olah belum boleh terima dengan segala yang berlaku.

Dapat juga kita lihat suaminya mencium jenazah isteri berkali-kali seperti tidak mahu ianya menjadi kucupan yang terakhir.

Difahamkan, wanita yang bernama Citra Fadilah Arsyad itu melahirkan anak pertamanya dan suami.

“Perjuanganmu sebagai ibu sudah terlaksana meskipun belum sempat melihat anakmu,kamu orang baik syurga tempatmu, 8 bulan berjuang bukan waktu yang sebentar dan jam 4 subuh kamu pergi untuk selamanya, semoga kelak anakmu menjadi anak kebanggaan keluarga mu ila.. Alfatihah untukmu Citra Fadilah Arsyad..”

“Almarhuma meninggal selesai melahirkan anak pertamanya” tambahnya lagi.

Video yang tular di laman Facebook:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 2.9 Juta tontonan, 696 komen dan 127 perkongsian di applikasi Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat pengorbanan wanita itu yang mempertaruhkan nyawanya demi zuriat tercinta.

“Saya pernah merasakan dikondisi ini, rasa sangat sakit dan sedih.. 5 tahun saya hidup dalam kesedihan ditinggalkan seorang istri dan anak yang baru lahir.. rasa seperti saya ingin mati juga bersama mereka.. Namun saya mampu menjalani semuanya..” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga turut berharap agar suaminya sabar menerima takdir yang sudah pun tertulis malah ada juga warganet yang berkongsi pengalaman yang sama dimana kehilangan orang yang mereka cintai dan akui itu merupakan detik yang amat sukar dalam kehidupan.

Berikut merupakan komen warga maya: