[FOTO] Pelanggan Komplain Tak Lalu Nak Makan McD Hanya Sebab Runner Berkulit Gelap

Setiap orang dilahirkan dengan keunikan semulajadi. Sudah menjadi lumrah kehidupan kita dilahirkan dengan pelbagai rupa dan warna kulit.

Bukan itu shaja, malahan ada diantara kita yang sempurna dan ada diantaranya dilahirkan istimewa dengan keunikan tersendiri.

Walaubagaimanapun, kita hendaklah menerima dan tidak perlu mengutuk ciptaan Allah yang lain.

Terkejut lihat komen pelanggan

Menerusi satu perkongsian seorang wanita mengenai beberapa keping foto perbualannya bersama seorang pelanggan.

Wanita yang menggunakan akaun Facebook Maraliyyuddin Maraliyyuddin menjelaskan bahawa seorang pelanggan meminta dia membelikan makanan di salah sebuah restoran Fast Food untuk berbuka puasa.

Kemudian, setelah penghantaran dibuat pelanggan tersebut menghantar pesanan mesej kepada wanita terbabit dan bertanya tentang runner yang menghantarkan makanan untuknya.

Pelanggan tak lalu makan kerana runner berkulit gelap

Difahamkan, pelanggan mengadu tidak lalu makan kerana penghantar makanan tersebut berkulit gelap.

Lalu wanita tersebut menjelaskan di dalam FB bahawa lelaki tersebut adalah suaminya dan mereka sama-sama melakukan perkerjaan sebagai runner.

“Simpan sini buat kenangan sepanjang buat perkhidmatan runner…tahun depan FB ingatkan balik Kita gelak je” tulisnya.

Selain itu, perkongsian yang dibuat mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pengikutnya.

Turut mendapat reaksi dari netizen

Ramai yang mengatakan perbuatan pelanggan tersebut didakwa sangat tidak bermoral dan tidak menghormati ciptaan Tuhan.

Menurut wanita itu lagi, ini bukan kali pertama mereka dilemparkan dengan kata-kata sebegitu namun mereka pilih untuk bersabar.

Rata-rata netizen juga turut memberikan pelbagai reaksi kurang senang dengan perbuatan pelanggan berkenaan.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan contoh kepada semua. Diharap setiap orang saling hormat menghormati antara satu sama lain.