“Ada budak perempuan baju putih” Suap ‘Kawan’ Makanan Siap Bertadah, Anak Siap Lukis Rupa ‘Sosok’ Yang Dimaksudkan

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan dan tidak dinafikan budak kecil memang akan ada yang hijabnya terbuka dimana mereka mampu melihat perkara ghaib.

Sama juga dengan kisah yang tukar baru- baru ini dimana seorang ibu sempat merakam detik seram ketika anaknya sedang makan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nisdorly90, kelihatan seorang budak lelaki yang dipercayai anaknya sedang makan bersebelahan dengan gelongsor mainan di rumahnya.

Pun begitu, situasi menjadi aneh apabila anaknya ini secara tiba-tiba menyuapkan makanan kepada ‘seseorang’ yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

Bukan itu sahaja, dia juga menadah tangannya sewaktu menyuapkan makanan tersebut agar tidak makanan itu tidak tumpah ke lantai.

Melihat situasi itu, si ibu mula bertanya bahawa anaknya itu menyuapkan makanan kepada siapa kerana ibunya tidak melihat kanak-kanak lain selain anaknya namun budak lelaki tersebut hanya tersenyum dan ketawa mendengar pertanyaan ibunya itu.

Menerusi video lain, adik kepada budak lelaki tersebut juga dapat melihat ‘sosok’ tersebut dan mereka menyifatkan ianya seorang budak perempuan yang memakai baju berwarna putih. ‘Dia’ juga mengikut budak lelaki tersebut dari taman pulang ke rumah.

Bahkan, ibunya juga berkongsikan video dimana budak lelaki tersebut cuba untuk melukis ‘budak perempuan’ cantik yang dimaksudkannya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@nisdorli pagi2 die seramkn ummi 😑#fyp #paranormalvideos #fypage ♬ original sound – nisdorly90

@nisdorli Reply to @cikna_chiyo #fypage #fypシ #paranormalvideos #fypdonggggg ♬ original sound – nisdorly90

@nisdorli Reply to @syamyam6 #paranormalvideos #fypdonggggg #fypシ #fypage ♬ original sound – nisdorly90

@nisdorli Reply to @ajib_yazid151694 #fypage #fypシ #paranormalvideos ♬ original sound – nisdorly90

@nisdorli ummi x sihat #paranormalvideos #fypシ ♬ original sound – nisdorly90

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 650.8K tontonan, 36.3K tanda suka, 1094 komen dan 588 perkongsian di applikasi TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui seram melihat aksi anaknya yang selamba menyuapkan makanan kepada ‘rakan perempuan’nya itu .

Bukan itu sahaja, ada juga para netizen yang dikurniakan kelebihan dapat melihat benda halus memberitahu bahawa ada satu sosok budak perempuan di sebelah anaknnya itu serta rupanya juga cantik.

Dalam masa yang sama, ramai yang berkongsikan pengalaman yang sama dimana anak mereka mampu melihat perkara yang tidak dapat dilihat oleh para penjaga.

Berikut merupakan komen warga maya: