Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Dek kerana budak-budak bawah umur masih belum matang dalam membuat keputusan, ada saja benda bukan-bukan yang mahu dilakukan kerana terlalu mengikutkan emosi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki tekad untuk lari rumah mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @quinnreen, kelihatan anak nya yang sedang berjalan berseorangan di tepi jalan di bawah panas terik kerana berhasrat untuk lari dari rumah.


DIfahamkan, budak lelaki itu merajuk dengan atuknya lalu mengemas pakaian dan diletakkan di dalam sebuah bag untuk dibawa ketika keluar daripada rumah.

“anak korang gangster? lari rumah tak? tak? hmm lemahh!”- seloroh ibunya

Dapat juga kita lihat, dia yang sedang berjalan tiba-tiba lari sedaya upaya setelah mengetahui gelagatnya itu dirakam. Bagaimana pun, dia akhirnya dipujuk oleh atuknya dan dibawa pulang menaiki motorsikal.



Apa yang lebih membuatkan orang ramai terhibur adalah dia dilihat pura-pura tidur dan tidak mahu turun daripada motor kerana malu dengan telatahnya sendiri.

Isi apa dalam beg? banyak baju ke mainan?

Apabila ditanya oleh netizen apakah yang dibawa oleh budak lelaki itu, ibunya menjawab anaknya itu membawa 4 helai baju dan tidak membawa seluar dengan alasan tidak mahu begnya berat kerana ianya mengganggu budak lelaki tersebut untuk lari.

Video yang tular di laman TikTok:

@quinazreen ian buat perangai kat kampung #fypシ ♬ Pamela – Vhong Navarro

@quinazreen Reply to @firdausyahaya1 ♬ original sound – quinnreen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 883.3K tontonan, 64.1K tanda suka, 1434 komen dan 597 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah budak lelaki ini dan rata-rata warganet boleh ‘relate’ dengan zaman childhood mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen juga turut berkongsi pengalaman yang sama ketika melarikan diri sehingga ‘teruk’ dimarahi oleh ibu bapa.

Berikut merupakan komen warga maya: