“Semua anak saudara jadi ‘manusia’” Guru Mengajar Pakai Alat Bantuan Pernafasan Ini Rupa-Rupanya ‘The Best Makcik Ever’!

Pengorbanan seorang pendidik dalam mencurahkan ilmu kepada setiap pelajar jelas tidak ternilai malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anak didiknya berjaya sehingga ke menara gading.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemuda berkongsi kisah tular guru wanita yang menggunakan alat bantuan pernafasan ketika mengajar di kelas mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, guru berkenaan seebenarnya merupakan ibu saudaranya yang berkhidmat di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor.

“Ramai tak tahu yang viral satu Malaysia hari tu kes cikgu ni tetap mengajar walaupun dia boleh dikatakan kritikal.

“Dia adalah adik arwah ayah aku. Dia ada asma yang kronik tapi bertambah teruk sebab kena C19,” tulisnya menerusi siri bebenang di laman Twitter @rulduff.

Difahamkan, mak dak nya itu merupakan seorang guru yang sangat komited dalam kariernya sebagai pendidik.

Walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, namun ia bukanlah satu halangan untuk guru berkenaan terus mengajar.

Jelas jejaka ini, ibu saudaranya itu lebih mengutamakan pelajaran anak didiknya berbanding keadaan kesihatannya yang semakin membimbangkan.

Dia tetap mengajar walaupun kena pakai alat bantuan pernafasan sebab lebih risaukan anak murid (Tingkatan 6) yang ketinggalan dalam pelajaran.

“Semangat Mak Andak ni memang aku salute. Dari aku kecil sampai sekarang semua anak saudara memang dia yang ajar buat kelas tambahan secara percuma untuk anak saudara semua. Alhamdulillah semua jadi ‘manusia’. The best makcik ever.

“Dia ni kalau tak mengajar pun tak apa sebab dia bukan orang susah. Tapi memang semangat dia mengajar dan memang dari dulu aku UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sampai Muet (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) dialah cikgu tuisyen aku,” ujarnya lagi.

“Saya sebagai anak buah dan baru jumpa dia Sabtu hari tu. Alhamdulillah dia bertambah baik. Tapi memang memerlukan bantuan pernafasan sejak pulih dari C19.”

“Dia beritahu yang baru kena jangkitan tu. Terpaksa tidur dengan enam bantal (duduk bersandar) dan minggu lepas baru dapat tidur dengan dua bantal (baring).”

“Jujur dia dah ambil vaksin sepenuhnya. Jadi doakanlah kesembuhan Mak Andak saya ni,” katanya.