“Perempuan selalu betul bang” Berdiri Tengah Jalan Semata Ambil Gambar, Aksi Wanita Ini Buat Netizen Bingung

Ramai di antara kita yang sangat suka mengambil gambar pemandangan bahkan ada yang sanggup ke luar negara bagi melihat sendiri pemandangan yang indah.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita selamba memberhentikan kenderaannya di tengah jalan untuk mengambil gambar pemandangan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @UtusanTv, wanita itu berhenti ditengah jalan dipercayai di Kuantan untuk mengambil gambar keindahan bandar itu.

Walaupun terdapat kereta lain di belakangnya, dia tidak menghiraukannya malah masih fokus mengambil gambar dan tidak berganjak walau sedikit pun.

Pemandu yang lain terpaksa memandu dengan menghimpit ke kiri untuk menggunakan jalan tersebut demi memberi ruang untuknya mengambil gambar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya adalah satu aksi yang berbahaya. Tidak salah jika mahu mengambil gambar untuk dijadikan kenangan, namun perlulah bersesuaian dengan tempat agar tidak mengundang bahaya pada orang lain dan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan mungkin itu merupakan pertama kali dia datang ke tempat tersebut dan ‘impress’ dengan kecantikan bandar itu.

Antara komen warga maya:

“first time datang kuantan tu”

“nasib owner yang rakm tak berhenti kalau tak mesti owner yang rakam dipersalahkan”


“yang kerajaan pergi buat jalan kat situ dah kenapa”

“cubalah bagi signal parking di tepi sekejap.. ni betul2 tengah jalan.. tak tengok belakang lagi tu..”

Video yang tular di laman TikTok:

@utusantvofficial Perempuan selalu betul 😁. Tiada info lokasi, katanya di Kuantan | 23 JUN 2022 | 10.26 pagi | Derek Tan #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV