[VIDEO] “Sebulan lahir, baru mama riba kamu syg..” Anak Hanya Mampu Bertahan Sebulan, Ibu Luah Rasa Pilu

Kegembiraan sepasang suami isteri menyambut kelahiran anak sulung mereka bertukar duka apabila bayi mereka disahkan meninggal dunia setelah sebulan dilahirkan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ibu kepada bayi berkenaan berkongsi perjalanan terakhir yang dilalui bersama bidadarinya itu.

Allah pinjamkan bidadari kecil ini dalam rahim mama

“Diberikan kekuatan untuk malam ni untuk bercerita tentang bidadari kecil kami. 
Allah pinjamkn bidadari kecil dalam rahim mama 9 bulan”.

“Adik aktif sangat dalam rahim mama, adik kuat sebab sampai perot 9 bulan mama bawak adik naik moto ja dari baling ke penang hari2 sebab keja”.

Mama gembira tengok adik sihat

“Kereta adik x smpai lambat sbb covid. Adik kuat dalam rahim mama sygg. 5/10/2020 pada pkol 11.57 pagi lahir lah NUR MEDINA SAFIYYA ke dunia ini”.

“Mama happy tengok adik sihat. Nurse mintak mama susukan adik tapi mama masih x dak susu”.

“Tapi nurse cakap biasa la sebab anak sulong..x sabar mama tggu baba ambil kita. Pukul 3 petang sebelum tolak msok wad, doc cakap adik hypo sebab adik ketar dan kurang gula”.

Adik dimasukkan ke nicu untuk rawatan

“Adik dmasukkan ke nicu untuk dberi rawatan dan mama masok wad. Orang lain smua anak disisi tapi mama berpisah dgn adik”.

“6/10/2020 mama boleh discharge. Mama tunggu baba datang amik mama untuk tengok adik. Mama tengok adik da sihat”.

“Mama tengok anak mama special sebab cuping telinga terbelah, doc cakap petang adik boleh balik tapi kna tggu kputusan darah utk tengok kuning”.

Doktor terpaksa tahan adik

“Mama pon pergi makan. Pukul 4 mama naik untuk amik adik tapi doc cakap kuning adik tinggi 120”.

“So depa tepaksa tahan adik, doc sedapkan hati mama. Esok boleh dah balik kalau kuning trun. Mama balik dengan baba dengan harapan esok mama boleh bawak adik balik”.

Allahu, kata doktor adik dijangkiti kuman

“7/10/2020 bermulalah kisah sedih dlam hidop mama baba. Keesokan hari adik kekurangn darah, darah putih. So adik kena tamabh darah putih tapi still tak boleh balik”.

“8/10/2020, adik kekurangan darah lagi. Mama pon x pasti tapi darah pamplet apa tah. So adik masih x blh balik dalam msa yg sama usus adik bermasalah. Kata doc dijangkiti kuman, Allahu dugaan yg bertimpa-timpa”.

Doktor perlu darah ibu untuk adik

“9/10/2020, Doc telefon pkol 2 pagi sroh dtg hospital sbb oksigen adik mnurun. Adik kena tmbh darah merah”.

“So diorang perlu darah ibu utk cri darah ssuai utk adik. Adik da start pakai intubet di mlot. Sedihnya hati mama syg”.

Kamu kritikal sayang

“10/10/2020, Doc cakap kamu kritikal syg. Doc cakap usus kamu makin trok dan perot pon mkin bengkak”.

Adik kena buat pembedahan dengn segera di hospital alor star tapi oksigen adik pon x elok. Doc takot kmu mninggal dalam ambulans”.

“Dalam masa yg sama kalau tak hantar. Kamu akn mninggal sbb jangkitan kuman di usus kamu akn merebak ke paru paru, allah. Pilihan apa yg mama ada syg. Doc sarankn biarkan adik smpai stabil baru blh hntar”.

Doktor cakap adik dah tak ada harapan

“12/10/2020, Doc cakap adik dah tak dak harapan. Kita kna berdoa utk adik, allahu. Hancor berkecai hati mama syg. Mama mcm dah nak gila bila dengar mcm tu”.

“Mama pergi kt adik, mama mintak adik bgun. Mama kocak adik smpai adik bgun. Ya Allah keajaiban tuhan, adik bgun. Adik tengok mama baba, adik kuat sangat”.

Mama mintak adik kuat dan jangan tinggal mama

“Mama mintak adik kuat dan jangan tinggal mama.. Adik macam nak bgitau yang adik sakit. Mama taw adik sakit tapi mama x sggop khilangn adik”.

“13/10/2020 Doc call cakap adik stabil dah nak antar adik ke hopital alor star utk operation. Happy nya mama syg dan adik kuat sgt”.

“14/10/2020 Adik selamat opertion buang usus adik yg mati tu tapi doc cakap still kna buat operation yg ke 2 utk betol2 tgok kuman dah x dak. Baru diorang sambung usus tu. Ya, adik kuat ja time tu”.

Alhamdullillah adik selamat operation kedua

“17/10/2020, adik selamat operation kaly ke 2 utk sambungkan usus adik. Alhmdulillah, adik kuat dan kalau adik dah ok adik dah blh mnum susu”.

“Mama lega dengar syg, dari hari ke4 kamu dilahirkn setitik susu blom masok dlm perot adik”.

Mama ulang alik mama dari baling ke alor setar

“Hari2 doc call sruh mama pi hopital alor star. Ulang alik mama dari baling ke alor star sbb mama x blh ada dgn syg sbb covid”.

“Setiap kali mama pegi mama merayu utk tengok kamu tapi x blh. Hanya kecemasan sja mama blh tengok adik”.

Adik bukak mata, happynya mama

“25/10/2020, Doc call urgent nak darah mama utk adik. Hari tu doc bagi kesempatan utk tengok anak mama. Adik bukak mata, happynya mama.

“Tapi mama sedih tgok keadaan adik, tapi mama kuatkn hati mama. Bukan senang nak jmpa bidadari mama kan”.

Alhamdullilah, kamu nampak sihat

“1/11/2020, Doc call nak darah mama. Mama pegi kt adik tapi doc x bgi masok. Mama merayu syg utk jmpa kamu.

“So doc tu hnyaa bgi tengok sekejap sja. Mama tengok kamu dan kamu dah npk sihat. Comel ja, alhmdulillah”.

Doktor call suruh datang sebab adik kritikal

“2/11/2020, Doc call suruh mama baba dtg hosptal sbb adik kritikal. Ada kuman baru dekat paru2 adik. Mama pon x tau dari mana kuman2 ni ada”.

“Doc cakap adik mkin merosot ,adik start pakai oksigen yg tinggi sbb tba2 drop bnyak. Darah2 adik pon drop, doc tu bagi mama baba tgok adik”.

“Mama baba baca surah2 utk adik. Mama baba sroh adik kuat dan adik mmg kuat. Dalam sakit adik ttp bukak mata utk mama baba. Mama baba x tahu tu la kly terkhir kita jmpa syg”.


Kesihatan adik makin merosot

“4/11/2020, pukul 12 tghari doc call adik mkin merosot dan sroh sgera dtg hospital. Mama tros call baba sroh balik dari keja dan amik cuti”.

“Prepare barang utk tdo sna, pkol 3 mama btolak dri baling dalam pkol 3.50 doc call tnya ad dmana. Dya cakap cepat nak amik darah dan anak tgh buat cpr”.

Mama sedapkan hati adik tetap ada

“Menangs mama sygg..mama harap sgt kmu kuat, mama smpai pkol 5. Kali ni mama rasa lain”.

“Rasa yg adik dak x dak tapi mama sedapkn hati yg adik tetap ada. Tapi bila mama tgok dekat katil adik ada tirai,machine2 pon da off”.

Adik dah tinggalkan mama dan baba

“Ya mama tahu adik da tinggal mama baba sygg, kaki mama lemah. Mama terduduk syg. Baba papah mama utk kuatkn diri utk tengok adik”.

“Doc cakap adik dah x dak dalam pkol 4.15, mama lmbat syg. Mama berulang kly mnx maaf dgn kamu sbb mama baba lmbat”.

Mama riba dan cium kamu puas-puas

“Mama riba kamu puas2, mama cium kamu puas2. Sebulan kmu lahir, baru mama riba kamu syg”.

“Setitik susu mama kamu x minum sbb kena puasa, sayu hati mama sygg. Hati mama sakit sgt tapi mama redha, adik dah x rsa sakit”.

Sebulan kamu berjuang seorang diri tanpa mama dan baba disisi

“Kamu dah lama bertahan, 9 bulan dlm perot mama adik kuat. Sebulan kamu berjuang seorang diri lawan sakit tnpa mama baba dsisi.

“Mama baba puas hati dari awal adik tak dak. Allah berikan kekuatan utk kami utk uruskn adik dari mandi smpai ke liang lahad”.

Adik selamat dikebumikan

“4/11/2020 pkol 10.45 malam adik selamat dikebumikan..specialnya NUR MEDINA SAFIYYA org x pnah knal adik. Tapi rezeki adik murah, rmai org beri sumbangn utk adik”.

“Ramai org mendoakn adik dan adik dah pegi dgn tenang. Adik rehat la puas2 ya. Mama baba sentiasa rindukn adik”.

“Walaupon perit tapi mama redha sygg, nanti kita jumpa di sYurga ya syg. NUR MEDINA SAFIYYA penghuni pertama rahim mama,anak syurga mama baba”.

Salam takziah kepada keluarga adik Nur Medina Safiyya. Semoga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)