20 Hari Hilang Konon Disorok Jin, Doktor Pakar Akhirnya Dijumpai Dalam Serbuan Tangkap Basah Buat Ramai Terkejut

Seringkali kita dengar dimana seseorang itu tiba-tiba hilang disorok jin ataupun bunian malah banyak juga kes dimana seseorang itu tidak dapat lagi pulang ke alam nyata dan terus hidup di alam lain.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Seorang pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr Faisal mencetuskan panik ramai selepas dilaporkan hilang tanpa jejak selama 20 hari.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah motosikalnya dengan enjin yang masih hidup, kad pengenalan, selipar serta beberapa barang peribadi miliknya ditemukan terbiar di tepi kawasan jurang tanpa bertuan.

Difahamkan pelbagai usaha dilakukan demi mencari Dr. Faisal seperti menggunakan unit anjing pengesan dan memperluaskan misi mencari ke 4 kawasan lain.

Pun begitu, pakar radiologi itu masih gagal dikesan dan menurut isterinya, Dr Faisal memaklumkan bahawa dia akan pergi menyertai misi bantuan banjir sebelum terus hilang.

Selama kehilangannya, pelbagai spekulasi yang timbul seperti ada masyarakat yang terhidu bau busuk di lokasi motorsikal yang dijumpai dan ada juga yang mengatakan dia disorok oleh jin dan tidak menemukan jalan keluar.

Namun siapa sangka segala tanda tanya orang ramai kini bertemu titik noktah apabila polis melaporkan telah menemukan Dr Faisal dan apa yang lebih teruk adalah, dia ditemukan di sebuah rumah penginapan malah sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik tidur.


Susulan terkejut dengan serbuan yang dilakukan, mereka cuba menyembunyikan wajah masing-masing gara-gara terlalu malu apabila segala penipuan mereka akhirnya ‘terkantoi’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kecewa dengan sikap lelaki ini yang sanggup menipu sedangkan si isteri bermatian mencarinya kerana takut jika berlaku perkara buruk kepadanya.

Antara komen warga maya:

“jin kena fitnah lagi..”

“sepandai-pandai tupai melompat tetap akan jatuh juga..”


“kasihan keluarganya di bikin malu seindonesia”

Video yang tular di laman TikTok:

@onehundred010 Balas @fitricollection27 ♬ suara asli – Onehundred

@onehundred010 dr.faisal suda d temukan bersama wanita lain#fyp ♬ suara asli – Iva Andina

@onehundred010 #fyp #viralvideo #dokterfaisal #selingkuhviral #kabarsulawesi #beritaterbaru ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

@onehundred010 Balas @ridhowatisaputhre ♬ suara asli – Onehundred

@onehundred010 Balas @b_donaa ♬ suara asli – Onehundred

@onehundred010 Balas @nurfaidahafid ♬ suara asli – Onehundred

@onehundred010 Balas @rozzaokan Masi teringat jelas di benaku #dokterfaisal ♬ Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) – shaniamelia

@onehundred010 Balas @timorhar ♬ Lo Mati Gue Party Coy – Jeremya Ginting & DJ Kardus