Zain Saidin Tegur Pakai Topi Nampak Aurat, Rozita Che Wan Tampil Akui Silapnya

Baru-baru ini berlangsungnya Kedah Fashion Week di Alor Setar dan dalam kemeriahan tersebut, Rozita Che Wan menjadi bualan ramai apabila dianggap terlalu menonjol malah ada yang mempersoalkan pemakaian serta aksesori sehingga menampakkan telinga itu.

Rata-rata warganet mengecam penampilan Che Ta kerana ada segelintir pihak yang dilihat berasa kurang senang dan memberikan komen tentang aurat serta menegur Che Ta dengan bahasa double meaning.

Menurut laporan Media Hiburan, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta ini mengakui khilafnya yang berpakaian sehingga menampakan aurat. Jelas Che Ta suaminya Zain Saidin juga menegur dirinya berhubung dengan penampilan yang dikenakan.

“Ini first time saya pakai topi dan sebenarnya bila dah dalam pertengahan acara, saya baru perasan ternampak telinga sebab rupa-rupanya anak tudung itu jenis nampak telinga.”

“Saya cuba untuk tarik-tarik anak tudung itu tapi macam dah ternampak… dah ternampak lepas tu post pula, sesuailah saya kena kecam pun kan.” katanya.

Rozita Che Wan juga turut menjelaskan bahawa itu merupakkan kali pertama dia memakai topi dan berhijab. Namun, dia menerima teguran yang diberikan oleh peminatnya susulan isu terbut.

“Dekat rumah, saya tanya Zain, ‘sayang okay tak i pakai topi’, dia kata okay tapi nampak telinga, telinga kan aurat.

“Okay saya dah terasa sebab suami saya yang tegur, memang salah saya. Sepatutnya saya lebih berhati-hati, khilaf saya. Bila netizen kecam, memang saya terima,” tambahnya lagi.

Che Ta juga turut dikritik berkenaan busana putih yang dikenakan sewaktu acara itu. Pelakon ini mengatakan dia tidak boleh menghalang pandangan netizen terhadap bajunya jika mahu pandang ke arah yang negatif.

“Bila baju tu letak pada patung memang lawa, patung pula 20 sen dia punya (bahagian dada), lepas itu (baju sama) pakai pada kita.

“Saya tak perasan sangat, tapi bila dalam gambar nampak sangat pula.

“Bagi saya kalau (netizen) tengok bahagian itu, memang bahagian itu la nampak. Cuba kalau mereka fokus pada bulu mata, topi atau veil yang saya pakai, tak adalah nampak benda tu kan,” katanya lagi.