Connect with us

Selebriti

Adik-Beradik Pandai Menyanyi, Suara Merdu Khai Bhar & Adik Perempuan Raih Pujian Netizen

Mula dikenali menerusi aplikasi Smule dan mendapat gelaran King Of Smule daripada peminatnya sewaktu ketika dahulu. Kini dia sudah berjaya menjadi seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia.

Muhammad Khairul Bin Baharuddin atau lebih dikenali segai Khai Bahar ini juga dikatakan penyanyi nombor satu lelaki mempunyai suara yang boleh menarik nada tinggi dengan mudah seperti wanita. Dia juga sering berkongsikan video nyanyian ‘cover’ nya di media sosial.

Namun, Khai Bahar telah mencuri perhatian ramai apabila tular dengan video nyanyian ‘throwback’ secara langsung di laman TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh kelab peminatnya @khaibaharvideo memaparkan Khai dan dua adik perempuannya yang sedang mendendangkan lagu berjudul Ketika Cinta Bertasbih. Ramai yang tidak tahu rupanya Khai Bahar juga mempunyai adik-beradik berbakat dalam bidang nyanyian.

“Throwback IG Live..Ketika Cinta Bertasbih versi Khai, Kyra ,Teha ❤️✨ #khaibahar #siblings” di ruangan kapsyen.

Meskipun, dua adik beradiknya itu lupa lirik namun nyanyian mereka tetap sedap didengari. Video berdurasi lebih satu minit ini membuatkan warganet dapat mendengar suara adik-beradik Khai Bahar kerana bukan dirinya sahaja yang mempunyai bakat suara merdu malah dua adik-beradik perempuannya ini juga sama.

Nyanyian video adik-beradik Khai Bahar ini telah mencecah sebanyak 72.4k tontonan dan 5867 tanda suka!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata positif dan memuji suara tiga beradik yang berbakat dalam bidang nyanyian ini.

Antara komen warga netizen di laman TikTok:

“Semua suara sedap”


“Khai Bahar mantap suara adik beradik”

“Comel yang  tengah tu suara merdu”

“Ya Allah sedapnya suara adik-beradiknya”

Video yang tular di laman TikTok:

@khaibaharvideo Throwback IG Live..Ketika Cinta Bertasbih versi Khai, Kyra ,Teha ❤️✨ #khaibahar #siblings #fyp #fypシ ♬ original sound – Khaibaharvideo

Sekadar info, Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching, Sarawak di samping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel “Muhammad Khairul” miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar pernah dijemput untuk membuat opening act untuk penyanyi-penyanyi popular. Selain itu, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)