“Ni bukan Mat Kilau, ni Jai” Sukar Untuk Dihubungi, Adi Putra ‘Sound’ Kembara Studio Di Instagram

Filem Mat Kilau yang masih mencetuskan fenomena ini telah menjadi salah satu filem Melayu yang hampir mengutip kutipan RM100 juta dan bakal ditayangkan di negara jiran Indonesia.

Baru-baru ini, pelakon yang membawakan watak sebagai ‘Mat Kilau’ iaitu Adi Putra telah meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa terhadap pihak penerbit Kembara Studio di laman Instagramnya.

Menerusi pautan yang dimuat naik oleh Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera bin Halim itu telah menjadi tanda tanya ramai pihak apa yang berlaku di antara mereka dan penerbit filem berkenaan.

Difahamkan, Adi Putra sedia menghadiahkan handphone kepada pihak Kembara Studio yang susah untuk dihubungi dan berurusan. Beliau juga terpaksa nenggunakan platform media sosial agar mesej yang ingin diberikan sampai ke pada pihak yang berkenaan sekali gus memaklumkan yang dia tidak akan menghadiri Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Indonesia.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd , andai tidak cukup ‘handphone’ kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu ‘handphone’ agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan,” katanya dalam hantaran tersebut.

“Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” tambahnya lagi.

Pautan tersebut juga hanya dimuat naik untuk sementara waktu mungkin akan dipadam selepas mesejnya sampai ke pihak pengurusan.

Menjengah di ruangan komen terdapat selebriti lain yang memberikan sokongan. Pelakon yang turut terlibat, Johan As’ari sebagai Yassin juga mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Tayangan Filem tersebut.

“Kalau abang Kilau tidak hadir ke malam gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yaassin berat hati untuk ke majlis tersebut.” kata pelakon itu.


Rata-rata warganet di laman Instagram juga memberikan komen kecewa dengan tindakan Kembara Studio yang melayan pelakon filemnya sebegitu. Lagi pula, filem ini menjadi bukti bahawa industri kita sedang berkembang.

Antara komen warga-warganet di laman Instagram:

“Ni la masalah studio seperti ni. dah mula lupa daratan dIm kejayaan filem baru2 ni. Dah start nk buat perangai dahstudio ni. Kalo bukan kerana pelakon hebat,pengarah hebat mana k meletopnya filem.”


“Terbaik..manfaatkan platform yang ada..”

“Aduh ni yang tak best ni.. baru industri nak meletop balik dah jadi gini..”

“Kesian DAP.. orang dah susah payah hubungi nak berurusan buat hal pulakk”


Pautan yang tular di laman Instagram: