Youtuber Sugu Pavithra Akan Diiktiraf Ikon Anak Bandar Raya Ipoh

Nama Sugu Pavithra pernah menjadi sensasi dilaman sosial negara dek kerana video memasaknya di Youtube yang menjadi tontonan ramai. Pasangan berkenaan bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai menerusi video memasak dan fasih berbahasa Melayu, malah sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan dari Youtube menerusi anugerah Silver Play Button. Terbaru, mereka juga akan mendapat pengiktirafan sebagai Ikon [...]

Siapa yang tak kenal dengan nama Sugu Pavithra, Youtuber sensasi di laman sosial negara dek kerana video memasaknya di Youtube yang menjadi tontonan ramai.

Pasangan berkenaan bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai menerusi video memasak dan fasih berbahasa Melayu, malah sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan dari Youtube menerusi anugerah Silver Play Button.

BACA: [VIDEO] Baru Dapat Gaji Youtube, Sugu Pavithra Kini Terima ‘Silver Play Button’ Pula

Terbaru, mereka juga akan mendapat pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pengiktirafan itu diberikan kepada Pavithra, 28, anak kelahiran Buntong di sini, kerana sering memuat naik video masakan bersama suaminya, M. Sugu di saluran YouTube sehingga dikenali ramai serta menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BACA: [VIDEO] Youtuber Sugu Pavithra Masakkan Kari Kambing Khas Untuk Sazali Samad

“Setiap anak bandar raya Ipoh kita akan bagi pengiktirafan seperti Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini.

“MBI ikhlas memberikan pengiktirafan ini kepada Pavithra kerana berjaya dikenali ramai dan resepi masakan mereka menjadi ikutan ramai ketika ini,” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Rumaizi berkata MBI telah mengenal pasti 100 individu daripada pelbagai latar belakang termasuk Pavithra, antaranya usahawan, penggiat seni, penjawat awam, agamawan serta golongan pendidik yang akan menerima pengiktirafan itu.

“Sambutan Hari Bandaraya Ipoh ke-32 pada tahun ini tidak dapat diadakan disebabkan penularan COVID-19, kita akan meraikan kesemua ikon ini pada sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada tahun depan.

Sebagai permulaan, katanya seramai 10 anak kelahiran Ipoh yang banyak memberi sumbangan dan mendapat pelbagai pengiktirafan dalam negara serta antarabangsa, akan diumumkan secara berperingkat.

Sementara itu, Pavithra, ibu kepada dua anak, merakamkan penghargaan kepada MBI yang memilih beliau untuk menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya dan suami selama ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berjumpa Datuk Bandar di pejabatnya, pada Isnin.

Pasangan suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ di saluran YouTube sering kali memuat naik video masakan menggunakan Bahasa Melayu dan diikuti oleh pelbagai kaum daripada segenap lapisan umur termasuk dari luar negara.

S. Pavithra merupakan antara 10 individu yang akan diberi pengiktirafan pada peringkat awal ini, termasuk lain adalah daripada usahawan, penggiat seni, penjawat awam, agamawan serta golongan pendidik yang akan menerima pengiktirafan itu.

Pavithra dalam pada itu meluahkan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong serta memberi kata-kata semangat kepada mereka selama ini.