Tular Wanita keluar Makan Walaupun Dikuarantin, Pemilik Cafe Beri Penjelasan

Sejak semalam tular satu foto seorang wanita yang dipercayai gagal menurut perintah kuarantin diri di rumah oleh KKM.

Menerusi muatnaik oleh seorang doktor, beliau meluahkan rasa kesal dengan sikap wanita ini yang seolah-olah tidak mengambil serius tentang pandemik Covid-19.

Rentetan daripada itu, netizen turut melahirkan kekesalan, malah ada yang menyalahkan peniaga yang membenarkan wanita itu masuk ke dalam premis mereka.

Menjawab persoalan tersebut, seorang pengguna Facebook pemilik cafe bernama Nurul tampil menjelaskan perkara itu.

Tak ada hak selak lengan

Bukan tak terfikir ye nak cek pengelangan tangan ! Tapi tak ada hak nak selak lengan baju orang .

Simple je ! Kami buat ikut sop . Bilamana pegawai minta detail , minta bukti kami boleh beri . Sebab apa ? Sebab kami ada .

Kami jalankan apa yang berwajib . Kami berniaga cari rezeki . Kami pun risau tentang keluarga kami .

Kalau kami salah ! Kalau kami langgar arahan tak payah tunggu hampa netizen nak persalahkan kami , tentu tentu pegawai dah suruh kami tutup premis .

Kalau kata boleh niaga kami niaga seperti biasa walaupun terjejas dah nama kami . Orang dah takut .

Tapi tak apa yakin dengan rezeki Allah . Kalau tiada izin Allah tak akan berlaku juga musibah ni . Salah silap orang lain mohon jangan salahkan kami. Kami dah jalankan sewajarnya !

Syukur hari ni Negeri Perak tiada kes baru . Semoga berpanjangan . Mak cik Gelang pink pun nak maki nak hina dia pun benda dah jadi , dia dicari pun untuk mudahkan urusan kami tu je ,nak bersihkan nama cafe tu je bukan niat nak kecam dia . Moga dia diberi hidayah daripada Allah .

Dia yang langgar sop.

Kami yang tanggung akibat . Tak adil lah . Doakan yang terbaik ye . Kak Nurul pun ada family mestilah risau juga benda ni . Bukan hal remeh temeh ye !

Kalau dia positif kami adalah kontak rapat sebab ada bukti . Tapi setakat ni kami masih dibenarkan berniaga seperti biasa mengikut norma baru . Tak pasti jangan kongsi ! Tak sahih jangan sebar tu je .

Selebihnya biar pihak berwajib ambil tindakan . Jangan kata kami lepas tangan itu je . Fitnah bukan sahaja bagai membnuh tapi lebih daripada membunh ye !

Ingat lah yang menyebarkan fitnah atau berniat untuk sabotaj ! Allah melihat setiap perbuatan daripada kita . Elakkan tangan kaki mulut kita daripada menjwab di Sana nanti !

 

Dari semalam lagi sebenarnya dah rasa tak sedap hati.

Rasa tak senang duduk . Ya Allah sekali Viral ada gambar mak cik pakai wristband warna pink yang pihak KKM wajibkan bagi sesiapa yang balik dari Luar negara untuk pakai dan duduk diam-diam kuarantin diri dekat rumah .

Sekali dia makan dekat cafe Kak Nurul berniaga jelas jelas kot dok tangkap gambar dekat cafe . Tayang wristband tu . Nayalah mak cik oi ! Duduk diam dekat rumah tak boleh ke ? Hang merayap pasai pa ?

Hubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Kak Nurul sendiri dah kol Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya pasal maklumat mak cik ni . Tapi tak boleh dedahkan katanya . Mereka masih siasat kes ni .

Pegawai minta kak nurul bertenang sebab yang positif dah pun ditahan . Apa nak tenangnya gambar siap edit lagi ni ha dah viral merata group . ! Siapa rajin benor edit tutup muka ? Tayang jelah senang nak cari !

Sat ni 11.23pagi macam tu pegawai kesihatan datang cafe buat siasatan pasal kes mak cik ni . Ambil maklumat pelanggan yang kami catat bila customer masuk ke kedai .

Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni bukan yang 2 orang positif ditahan tu cuma dorang tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan kkm.

Kalau positif silap silap masatu jugak kami peniaga kafe diarah tutup dan jalani kuarantin serta buat swap test . Betul tak ?

Please lah jangan menyusahkan orang . Bukan sorang dua tau kalau hang tu positif !
Kedai makan lagi . Haiyaa.

(Selamat lah mak cik di sahkan negatif dan sudah melepasi tempoh kuarantin 14 hari dan dah pun buat ujian swab test kali kedua , kalau tak terkesan kepada kami para peniaga ni lah . Nama kafe kami . Syukur Allah masih lindung . )

Siapa yang ada info gambar makcik ni yang siap tolong edit tutup muka ni tlg inform Kak nurul ye !

Dicari bagi tindakan Undang-undang

Bantu memudahkan pencarian. Dia dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana langgar arahan kkm .

Edit info tambahan : Hanaz Cafe bebas dari covid ye . Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sah kan Mak cik gelang pink negatif daripada covid . Mak cik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM .

Tambahan info : bila pegawai minta semua detail maklumat buku catatan ,semua ada ye , sebab kami ikut sop , jika tak ikut sop pihak kami pun akan diambil tindakan . Tapi kami ikut sop dan tiada tindakan kepada kami kerana kepatuhan sop .

Kami dah beri pun buku senarai pelanggan mengikut sop . Cek suhu semua buat . Cuma kami tak ada hak selak lengan baju orang tu je !

Dan siapa tahu masa nak cek mak cik tak bergejala . Dia sendiri tahu dia patut dikuarantin, boleh jadikan dia sorok dari kami ?

Ada ke mana mana kedai yang ada buat selak lengan ni ? Kalau dia lengan pendek bolh nak salahkan cafe .