Cipta Video Game Pada Umur 12 Tahun, YB Syed Saddiq Mahu Berjumpa Thaqif

Selepas kisah seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun mencipta permainan video menjadi viral, YB Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan telah teruja dan berminat untuk berjumpa dengan Thaqif.

Sebelum ini kisahnya yang mencipta permainan video seperti yang dilapor oleh Malay Reporter telah menjadi viral dengan lebih 10 ribu shares.

Thaqif pada mulanya menjadi tajuk bualan di dalam sebuah group PC Gaming di Malaysia apabila ingin meminta tajuk sebuah game yang dibuatnya sendiri.

Ramai yang memberikan kata sokongan tetapi ada juga yang memberikan kata-kata sindiran.

Walaupun dikecam hebat kerana umurnya yang baru berusia 12 tahun dan masih bersekolah rendah, semangat Thaqif tidak luntur dan Thaqif telah membuktikan beliau telah pun menyiapkan 75% dari hasil kerjanya.

Diharapkan pertemuan dengan YB Syed Saddiq akan memberi semangat buat Thaqif untuk menghasilkan permainan video yang lebih baik dan berkualiti selepas ini.

Siapa tahu mungkin selepas ini Thaqif akan menjadi pembangun permainan video yang berjaya.