“Yg kuat shopping online mesti kenal dia” Pengirim Parcel Mr Hu Jadi Tanda Tanya, Adakah Orang Yang Sama?

Dalam dunia serba serbi moden dan berteknologi ini, siapa saja tak menggunakan platform membeli belah atas talian macam Shopee dan Lazada semua tu kan? Tambah-tambah pula masa tarikh istimewa macam 11.11 minggu lepas, korang mesti takkan lepaskan peluang untuk shopping online sebab masa inilah korang akan dapat potongan harga kaw-kaw tau! Pun begitu, seorang pengguna [...]

Musim penularan wabak Covid-19 pasti membuatkan ramai orang takut untuk keluar dan memilih untuk berbelanja di atas talian.

Tambahan pula tarikh istimewa seperti 11.11 minggu lepas dan 12.12 akan datang, kebanyakan pengguna mesti tidak akan melepaskan peluang untuk shopping online kerana masa inilah dapat potongan harga yang terbaik.

Namun begitu, seorang pengguna Twitter bernama Elle Zamuri baru-baru ni telah memuat naik gambar parcel yang diterimanya daripada Shopee dengan pengirim parcel tersebut bernama Mr Hu.

Menurutnya, para shopaholic kat luar sana mesti kenal dengan Mr Hu kerana namanya sentiasa ada di dalam nama pengirim jika barang dibeli dari China.

“Korang kenal ke siapa Mr Hu ni? Kalau order Shopee mesti dia jadi pengirim kan? Kita patut siasat siapa Mr Hu ni…”

Tweet tersebut kemudian menjadi tular dan rata-rata netizen mengakui mereka juga sering mendapat bungkusan yang dihantar daripada Mr Hu.

“Kalau order barang dari China je gerenti Mr Hu yang hantar kan?”

Walau bagaimanapun misteri akhirnya terjawab apabila ada di antara netizen yang menerangkan Mr Hu ini sebenarnya seorang agent dari gudang dan dia telah dipertanggungjawabkan untuk hantar barang yang kita pesan ke Malaysia.

“Mr Hu tu actually agent from sorting center je. So bila korang order dari China, the China sellers will ship to Shopee China Hub which is Mr Hu then Mr Hu akan ship to buyer.

“Kalau perasan, belakang awb Mr Hu tu ada awb lain, tu actually awb seller shopee yang korang beli from”

Rata-rata netizen berpuas hati dengan penerangan tersebut dan akhirnya terjawab misteri selama ini siapa Mr Hu yang sebenar.