“Yang cukup tangan pun tak smooth macam abang”, Netizen Kagum Lelaki OKU Tebar Roti Canai Sebelah Tangan, Siap Ada Terbang2!

Setiap manusia pasti diberi ujian hidup dengan pelbagai cabaran. Pun begitu, rintangan yang datang bukanlah antara asbab untuk kita berhenti berusaha untuk maju ke depan.

Iospital phone repair gombak

Sebagai contoh, ramai golongan kelainan upaya tetap mencari rezeki, berdaya saing dengan mereka yang sempurna tubuh badan.

Persis rakaman mengenai seorang penebar roti canai OKU yang tular baru-baru ini membuatkan ramai kagum melihatnya.

Menerusi video oleh @amyliarahman di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Abang Ujang menebar roti canai dengan hanya menggunakan sebelah tangan.

Bukan itu sahaja, dia yang kehilangan sebelah tangannya turut menunjukkan skill dan tricks menerbangkan roti canai ke udara!

Meskipun keadaan fizikalnya begitu, dia cekap menangkap semula roti canai yang terbang. Yang lebih menakjubkan, jari jemarinya lentik menguli tepung roti.

“Kagum betul tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth!”, kata pemilik video yang merupakan pelanggan di Ujang Asam Pedas Claypot.

Memang jelas Abang Ujang menggunakan kelebihan yang dia ada dengan sebaiknya.

Susulan tularnya video berkenaan, kini jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 73.6 ribu serta meraih sebanyak 3931 tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan kelebihan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada Abang Ujang.

Tambah netizen, mereka yang cukup sifat pun belum tentu mampu melakukan perkara yang sama seperti penebar roti canai berkenaan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“tiap kali g melaka port wajib mkn kat kedai asam pedas abg ujang ni 🥰..asam pedas tetel plg upmhhhh..cicah ngn roti canai terbang abg ujang ni..”

“tiada alasan untuk tidk berkerja💪💪”


“kekurangan + kelebihan..💪💪💪👍👍👍”

“The real “nak seribu daya, taknak seribu dalih””

“aq yg ckup tgn pon x smooth mcm abg… jari dia lentik padu😁”

“fuhh steady sbelah tangan ja.. Kekurangan bukan penghalang🔥”

Video yang tular di laman TikTok

@amyliarahmanKagum betol tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth 🤩♬ Dj Tiba Tiba Aku Melayang Fyp Viral – Donny Fernanda