“Sweetnya bapak” Dilayan Seperti Princess, Gadis 25 Tahun Masih Dibekalkan Ayah Gara2 Risau Kebulur di Tempat Kerja

Seperti yang kita selalu dengar, ayah merupakan kekasih pertama anak perempuan. Segalanya sanggup dikorbankan demi puteri tersayang.

Iospital phone repair gombak

Malah, insan bergelar ayah ini seboleh-bolehnya enggan melihat anaknya berada dalam kesusahan tidak kiralah pada umur berapa sekali pun.

Persis kisah seorang gadis bernama Tun di mana ayahnya masih membekalkannya makanan ke tempat kerja walaupun sudah masuk umur 25 tahun.

Menurut gadis itu, ayahnya membekalkan nasi goreng untuk sarapan serta mi rebus untuk makan tengah hari.

Malah ayahnya turut sempat memindahkan wang kerana risau anaknya akan kelaparan ketika bekerja nanti.

Tidak terhenti di situ, si ayah siap meninggalkan pesanan mesej mengatakan dia berharap anak gadisnya itu tidak kebuluran di pejabat.

“Nasi goreng for breakfast, mi rebus for lunch. Transferred some money with the reference “food emergency” (???) and still risau if I’m starving??” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Bagaimanapun, gadis itu bersyukur kerana diberikan layanan istimewa bak puteri oleh ayahnya.

Kini, ciapan tular berkenaan telah meraih sebanyak 9498 retweets, 2761 quote tweets dan 37.1 ribu likes!

Ketika meninjau ke ruangan komen, rata-rata tumpang bahagia melihat cara layanan ayah gadis ini terhadapnya walaupun sudah dewasa dan bekerja.

Malah, ada juga yang berseloroh bertanya jika bapa gadis ini ingin mengambil anak angkat gara-gara menginginkan layanan yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter