“Dah tutup ‘dibuka’ balik” Mistik! Double Signal Van Menyala Sendiri Jam 1.30 Pagi, Ngam 30 Minit Lepas Hantar Jenazah

Pekerjaan sebagai pemandu van jenazah bukan sesuatu yang mudah, malah pekerjaan apa sekali pun pasti ada dugaannya.

Iospital phone repair gombak

Namun, pekerjaan ini sering sahaja dikaitkan dengan kisah-kisah seram dan misteri seperti pemandu diganggu badi, terdengar suara rintihan dan macam-macam lagi.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini, lampu signal sebuah van jenazah tiba-tiba menyala sendiri pada pukul 1.30.

Yang membuatkan ramai meremang, gangguan itu dilihat berlaku beberapa kali meskipun pemiliknya telah mematikan lampu van tersebut.

Menurut Pengasas Persatuan Amal Dan Jariah Sabah, Masrul Guding, 33, van miliknya itu tidak mempunyai sebarang masalah namun hairan memikirkan gangguan aneh pada 3 Mac lalu.

“Pada hari kejadian, adik saya pergi hantar jenazah di Ranau. Dia balik pukul 10 malam dan letakkan van itu depan rumah saya.

“Dalam pukul 1.30 pagi, jiran telefon, dia maklumkan lampu van jenazah menyala. Saya keluar, tengok lampu signal menyala. Jadi saya matikan lampu tu, kemudian ia menyala balik.

“Tak lama kemudian, bila saya periksa dalam van, saya nampak macam suis ditekan. Terus saya buat video. Selepas dimatikan, ia menyala lagi. Ia berlarutan sampai tiga kali,” katanya yang menetap di Ranau.

Tambah Masrul yang juga ahli perniagaan, kejadian tersebut merupakan pertama kali dialaminya sepanjang penglibatannya dalam dunia kebajikan.

“Selama bawa van jenazah ni, dah tiga tahun, hampir 800 jenazah dengan pelbagai jenis kejadian. Ini kali pertama saya kena gangguan. Punca terjadi pun tak pasti.

“Sebelum ni ada juga keranda berbunyi. Itu normal la sebab van bergoyang ketika dipandu. Saya hanya bersangka baik, enggan fikir bukan-bukan.

“Setakat ini belum pernah lagi ada ‘benda’ pelik-pelik muncul depan-depan,” selorohnya.

Masrul juga tidak kisah jika ada individu yang menganggapnya mereka-reka cerita memandangkan hanya dirinya yang ada di tempat kejadian.

“Selama ini ada juga perkara pelik terjadi, tapi masih boleh dikaitkan dengan sains dan teknikal. Tapi kali ini bab tekan suis tu yang tak boleh fikir habis.

“Terpulang pada individu mahu percaya atau tidak. Saya sekadar berkongsi pengalaman membawa van jenazah saja,” ujar Masrul.

Video yang tular di laman TikTok

@masrulvanjenazah Mistik. Jadi fikiran. Masa ni baru 30 minit sampai dari menghantar J_N_ZH di Ranau. #fyp #fypシ ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi