“Ya ampun sabar je lah” Puas Cari Anak Tiba2 Hilang Di Pasar Pagi, Rupa-Rupanya…

Tugas menjaga anak-anak kecil bukannya mudah, lebih-lebih lagi jika kedua-dua ibu bapa itu bekerja. Bagaimanapun, anak-anak haruslah dijaga dan dipantau selalu demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Iospital phone repair gombak

Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, anak-anak ini sekelip mata sahaja boleh hilang dari pandangan kerana waktu kecil ini biasanya mereka sangat aktif bergerak ke sana sini dan lincah bermain.

Sama seperti kisah yang berlaku baru-baru ini di mana seorang wanita berkongsikan kisah tersebut di laman TikToknya @aldariyahusna.

Menerusi video yang telah dimuat naik itu, dia membawa anak kecilnya bersama ketika dia membeli barang pasar.

Tiba-tiba, anaknya hilang sewaktu dia sibuk mencari barang pasar tersebut.

Sampaikan aldariyahusna mula risau terus mencari akan di mana keberadaan anak kecilnya itu kerana risau jika sebarang perkara buruk terjadi.

Difahamkan, dia pusing satu pasar pagi berkenaan akan tetapi anak kecilnya itu masih lagi belum ditemui.

Setelah puas mencari dan hampir berputus asa, aldariyahusna telah dipanggil oleh bapanya yang merupakan seorang peniaga ikan di pasar tersebut dan terus membawa ke lokasi keberadaan anak wanita tersebut.

Namun begitu, dia berasa sangat terkejut apabila melihat anaknya bermain di dalam sebuah tong ikan ditemani dengan seekor ikan yang panjangnya melebihi anaknya itu.

Apa-apa pun, dia berasa sangat bersyukur kerana melihat anaknya berada dalam keadaan sihat sempurna.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah anak kecil itu yang seakan tiada apa pun yang terjadi sambil bermain dengan ikan di dalam tong tersebut.

Kata orang ramai, perkara ini difahamkan sering berlaku lebih-lebih lagi apabila anak mereka di bawah jagaan datuknya.

Antara komen netizen:

“belakon je tu mintak tolong.. belakang mommy die lah org yg terheppy 😂”

“bile atok jg cucu😅😂😂😂😂”


“atok2 mmg suka buat mak cucu dia cemas kan 😂😂”

“HAHAHHAHAHAHA sis..saya xtau nk gelak ke nk kesian😂😂😂”

“tu mesti dia dok kacau atok dia tu kena dok dalam tu”

Video TikTok yang tular:

@aldariyahusna Sabar jela😌 #10monthsold #fyp #masukberanda ♬ original sound – main account got banned