“Asalkan kamu tidak berhenti” Pelanggan Wanita Sebak, Terima Nota Semangat Bersama Pesanan Makanan

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai ujian, dan sesungguhnya ujian itu tidak akan melebihi kemampuan masing-masing. Oleh itu, berbuat baiklah pada setiap orang kerana mungkin dengan sedikit kebaikan itu ia mampu memberikan kebahagiaan kepada individu yang berada dalam kesulitan.

Iospital phone repair gombak

Walaupun cabaran dan ujian yang dialami mungkin sukar, akan tetapi percayalah akan ada ‘pelangi’ setiap kali usainya hujan.

Baru-baru ini, seorang pekerja kedai makan berkongsikan sebuah rakaman video yang mampu menyentuh hati orang ramai yang melihatnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @kasircrisbar, pekerja kedai makan tersebut telah menghantar pesanan seorang wanita yang merupakan pelanggan di kedai makan berkenaan.

Namun dia bukan sahaja menghantar pesanan itu, malah dia turut menyelitkan nota istimewa buat pelanggan itu yang berbunyi:

“Hai pejuang masa depan, tidak masalah seberapa lambat kamu berjalan. Asalkan kamu tidak berhenti. Semangat ya kak!”, tulis nota tersebut.

Pelanggan itu terus kelihatan sebak dan menangis terharu selepas membaca nota yang diterimanya, kemungkinan dia sedang mengalami kesukaran yang amat berat baginya sehinggakan nota itu mampu menyentuh jiwanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih kepada pekerja kedai makan itu kerana walaupun kebaikannya itu nampak kecil, tetapi ia memberikan makna besar buat pelanggan terbabit.

Bukan itu sahaja, orang ramai menyifatkan bahawa perkara tersebut boleh dijadikan sebagai satu dorongan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

Ada juga warga netizen yang menitipkan kata-kata semangat buat mereka si pejuang agar tetap kuat menjalani kehidupan ini, kerana hidup ini tiada makna jika tiadanya cabaran dalam hidup.

Antara komen netizen:

“disertai doa dan usaha keep strong buat semua pejuang”

“sentiasa ingat mengingati selalu akk…terbaik…tp sebak ati kita tgok”


“semangat kawan kita mempunyai cerita masing” dalam hidup, tetap optimis🤲🤲🙏”

“Tidak masalah seberapa lambat kamu berjalan, asalkan kamu tidak berhenti, itu sudah membuktikan kalau kamu seorang pejuang masa depan 😊”

Video yang tular:

@kasircrisbar Tidak masalah seberapa lambat kamu, asal kamu tidak berhenti ❤️ #fyp #fypシ #kasircrisbar #crisbar #pejuangmasadepan #pejuangrupiah ♬ Runtuh – Feby Putri & Fiersa Besari