Wanita Hamil Menangis Tak Dapat Roti Buaya, Ibu Mentua Prihatin Penuhi Keinginannya

Seperti yang kita tahu, wanita mengandung ini mempunyai keinginan yang pelbagai. Dan kadang kala keinginan mereka itu kedengaran aneh akan tetapi siapalah kita untuk mempersoalkan keinginan mereka.

Iospital phone repair gombak

Fasa yang sedang dilalui oleh mereka sebenarnya ialah fasa mengidam yang bermaksud jika apa sahaja yang mereka mahukan tidak dapat, maka ia mampu memberikan kesan terhadap emosi mereka.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan di laman TikTok yang tular baru-baru ini yang memperlihatkan seorang wanita mengidam mahu makan ‘roti buaya’.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @hesfinatia, kelihatan wanita itu menangis kerana suaminya terbeli makanan lain sedangkan dia sebenarnya teringin nak makan ‘roti buaya’ itu. Apa yang membuatkan wanita itu lebih sedih apabila suaminya gagal menemukan roti berbentuk buaya yang diminta olehnya dan hanya membeli ‘cemilan’ biasa.

Walau bagaimanapun setelah ibu mentuanya menjumpai video itu, dia akhirnya sanggup membuat roti buaya itu sendiri.

Ketika artikel ini sedang ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 22.6M tontonan, 2.4M tanda suka, 5539 komen, 69.9K simpanan, dan 1916 perkongsian.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen mengucapkan rasa syukur kerana wanita itu menerima ibu mentua yang amat baik dan prihatin terhadap keinginannya itu.

Ada juga warganet yang berharap agar ibu mentua mereka turut ambil berat terhadap diri mereka seperti ibu mentua dalam video wanita yang tular tersebut.

Antara komen netizen:

“Alhamdulillah punya mertua super baik dn pengertian🥰😁 semoga shat selalu 😍”


“Alhamdulillah punya mama mertua yang perhatian banget🥰”

“beruntung bgt kak🥺 aku lg hamil tp mertua blm pernah nengokin aku 😞”

“ma syaa Allah kakak beruntung banget”

“bersyukur dapat mertua yg peka wlpn egk minta secara langsung tpi mau di buatin, mertua aq tak suruh aja jwbnnya “egk sanggup buat” nyesek egk tu 🤦‍♀️”

Video TikTok yang tular:

@hesfinatia Roti buaya gendut😂🫶🏻 #fyp #xyzbca ♬ suara asli – ninis

@hesfinatia PLIS LAH MALU BANGET WOY😭💔 #fyp #xyzbca ♬ suara asli – PINAT🍅|| IG: @hesfinatia