Ini 3 Web Hosting Murah dan Terbaik Malaysia 2022

Di Malaysia sekarang ada banyak sangat penyedia web hosting. Dari harga murah sampailah yang premium. Kalau nak periksa satu-satu web hosting ni memang pening kepala.

Dalam mencari web hosting murah dan terbaik di Malaysia, 3 perkara ini anda perlu fikirkan sebelum membuat keputusan.

Bajet

Pertama sekali, anda perlu berpijak pada realiti. Berapa yang anda sanggup bayar untuk web hosting laman web anda. Bila bajet sudah ditetapkan, barulah anda tahu hosting jenis apa yang anda mampu beli samaada Shared Hosting, VPS atau Dedicated Server

Reliability/Speed

Uptime hosting sangat penting bagi mengelakkan laman web anda down dan akhirnya menyebabkan pengunjung semakin berkurang dan hilang keyakinan. Pastikan web hosting yang anda hendak langgan mempunyai reputasi dan review yang bagus daripada pengguna sedia ada.

Support

Apabila laman web mengalami gangguan seperti malware ataupun downtime, support yang pantas daripada syarikat web hosting sangat penting. Masa ini anda boleh lihat bagaimana servis after-sale mereka.

Jadi kalau tidak mahu  pening kepala untuk memilih syarikat web hosting, anda boleh lihat senarai 4 penyedia web hosting murah terbaik Malaysia untuk tahun 2020 di bawah.

1. Exabytes

Exabytes merupakan antara web hosting terbaik di Malaysia. Pakej termurah yang ditawarkan oleh Exabytes adalah serendah RM14.99/bulan melalui pakej EBiz Lite.

Selepas membuat pembayaran secara online, akaun anda akan diaktifkan dalam masa 1 minit. Segalanya pantas! Anda juga akan menerima SSL secara PERCUMA! Ya, SSL sangat penting untuk memberi ranking carian di Google.

Klik sini: Exabytes Hosting untuk mendaftar.

2. Serverfreak

Penyedia web hosting Serverfreak agak terkenal di kalangan blogger Malaysia. Serverfreak selalu mendapat review positif daripada penggunanya.

Admin YOY Network mempunyai akaun dengan Serverfreak untuk beberapa website dan sehingga artikel ini ditulis, prestasi web hosting ini amat bagus.

Support dari staf teknikal mereka sangat pantas.

Harga paling murah yang ditawarkan bermula pada RM199 setahun. Anda boleh melihat pakej-pakej lain yang disediakan di sini.

3. Internet-Webhosting.com

Internet-webhosting.com menyediakan pakej shared hosting linux dan windows. Pakej hosting paling murah yang ditawarkan adalah Standard Plan iaitu RM80 setahun.

Bagi anda yang baru memulakan laman web atau blog, plan ini amat berbaloi untuk dimiliki. Anda boleh melihat pakej-pakej lain yang disediakan oleh internet-webhosting.com di sini.

_________

Secara keseluruhan, kesemua penyedia di atas memberikan servis web hosting yang baik. Jika ada sebarang penambahan atau respon berkaitan web hosting ini, anda boleh memberikan komen di bawah.