Remaja 17 Tahun Bakal Menjadi Gadis Pertama di Marikh!

Di saaat kebanyakan daripada kita hanya berangan untuk pergi ke angkasa lepas, pelatih angkasawan Alyssa Carson yang baru saja berusia 17 tahun telah pun menjadikannya satu realiti.

Jantung Berpusat Pada Bintang

Remaja yang berasal dari Louisiana ini mempunyai “jantung yang berpusat pada bintang” sejak dia masih kecil lagi. Pada usia 3 tahun, dia pernah memberitahu ayahnya, “Ayah, saya mahu menjadi angkasawan, dan menjadi salah seorang yang pergi ke Marikh.”

Bagi merealisasikan kata-katanya semasa kecil itu, dia sedang menjalani latihan yang sangat ketat dengan NASA untuk menjadi sebahagian daripada misi manusia pertama ke Marikh pada tahun 2033.

Pelajar Termuda Lulus Advanced Space Academy

Di antara pencapaian Carson sekarang, dia merupakan pelajar paling muda yang pernah lulus Advanced Space Academy. Carson juga merupakan manusia yang pertama di dunia telah menyelesaikan ketiga-tiga Kem Angkasa NASA (Amerika Syarikat, Kanada, dan Turki).

Tambahan pula, dia adalah orang pertama dan satu-satunya untuk melengkapkan Program Pasport NASA, setelah melawat semua 14 pusat pelawat NASA yang terletak di sembilan negeri di Amerika Syarikat.


Carson Pelajar Genius

Pada bulan Januari 2013, Carson telah dijemput untuk menyertai panel MER 10 TV NASA di Washington DC untuk membincangkan masa depan misi ke Marikh. Dia kemudian dipilih sebagai salah satu daripada tujuh duta besar untuk Mars One, sebuah misi untuk menubuhkan penempatan manusia pertama di planet merah pada tahun 2033.

Walaupun sibuk dengan persiapan dan jadual ketat untuk ke Marikh, Carson masih berjaya meluangkan masa untuk pendidikan sekolah di mana dia kini mengambil semua mata pelajaran sekolahnya dalam empat bahasa (Inggeris, Cina, Perancis, dan Sepanyol).

Public Speaker

Apabila dia tidak menjalani latihan atau belajar, Carson juga menjadi seorang penceramah awam. Dia berazam untuk menggalakkan anak-anak muda lain meneruskan matlamat hidup mereka. Antara pesan Carson “Selalu ikuti impian anda dan jangan biarkan sesiapa mengambilnya daripada anda.”

 

Sumber: The Sun