Wartawan Mengurat Rakan Setugas Ketika Siaran Langsung, Netizen ‘Blushing’ Bila Tengok Ending

Mempunyai perasaan suka atau crush terhadap seseorang memang sesuatu yang normal bagi kita.

Iospital phone repair gombak

Namun tak ramai yang berani untuk meluahkan rasa suka mahupun cinta terhadap insan yang dikasihi. Bila malu, melepaslah.

Bagaimanapun, lain pula kisah permulaan detik cinta yang dikongsikan di TikTok oleh wartawan berita RTM ini, sehingga meraih pujian netizen!

Menurut pemilik video yang tular baru-baru ini, Aqeela Arbaen, rakan setugasnya yang juga wartawan stesen televisyen tersebut telah membuat langkah berani.

Menerusi video yang dikongsi, mereka berdua ketika itu sedang membuat liputan secara langsung.

Namun, tak semena-mena rakan setugasnya itu menyelitkan kata-kata pujian terhadapnya sebagai langkah pertama untuk mengurat.

“Saya serahkan kepada rakan setugas saya si cantik manis Aqeela Arbaen”, kata lelaki itu.

Difahamkan, detik manis itu berlaku pada tahun 2020 ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aqeela turut memberitahu pada masa ini mereka masih belum bercinta dan hanyalah rakan sekerja.

Namun, siapa sangka dengan kata-kata manis dari si lelaki itu telah menambat hati wanita ini sehingga keduanya jatuh cinta.

Oleh kerana jodoh mereka kuat, daripada bergelar rakan sekerja, mereka akhirnya disatukan selepas beberapa tahun berkenalan.

Sejak beberapa hari lepas dimuat naik, video ini berjaya mencatat tontonan sehingga 1.4 juta serta meraih sebanyak 111.7 ribu tanda suka!

Meneropong ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara cubaan untuk mengurat rakan setugasnya itu.

Malah, netizen turut mengucapkan tahniah atas keberhasilannya mencuri hati gadis tersebut sehingga ke jinjang pelamin.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“nohhhh ni betui comeyy!!! hahahaha tahniah!!! 🥰😂😂”

“masa ni like seriously saya tengok berita ni. btw tahniah 😁”

“Tumpang bahagia bila tengok ending video ni 😁😁😁”


“Masyallah😂gentleman betul dia,brani😂”

“laju buat kerja dya tu hahah”

“Ya Allah comellllllll 😍😍 Blusing terus kita yg tengok ni hahahahahaha”

Video yang tular di laman TikTok

@_qeee Si cantik manis Aqeela Arbaen dia bagi 😂😂 #aqeelasyraf ♬ Terlukis Indah – Rizky Febian & Ziva Magnolya