“Dengar la, best” Warganet Kagum Cara Rider Foodpanda Promosi Lagu, Sedia Bantu Sumbangkan Views, Like & Comment

Kalau kita perhatikan beg penghantaran abang-abang Foodpanda, macam-macam yang mereka tampal. Tak kira doa, nota mahupun stiker.

Iospital phone repair gombak

Ada juga yang menyelitkan sepatah dua kata pesanan untuk orang ramai, berharap akan dibaca sama ada di perhentian lampu isyarat ataupun tempat lain.

Baru-baru ini, tular dua keping gambar di Twitter memaparkan seorang rider Foodpanda mengambil peluang untuk mempromosikan lagu terbarunya di YouTube.

Prihatin dengan perkara tersebut, @syvzwvn yang juga pemilik ciapan itu kemudiannya membantu rider berkenaan dengan menyebarkan berita tersebut kepada pengguna Twitter lain.

“Hi guys, boleh tolong support lagu terbaru saya di YouTube. Nama lagu: Amutahavalli.”, tulisnya pada nota yang dilekatkan pada beg delivery untuk memberitahu orang ramai tentang lagunya di YouTube.

Not bad not bad. Dengar la, best.” pelawa pengguna Twitter yang menularkan gambar itu.

Melihat kepada respons rakyat Malaysia, mereka memberikan sokongan penuh sehingga ciapan berkenaan dibanjiri dengan kata-kata semangat tanpa mengira bangsa.

Sehingga kini, ciapan berkenaan berjaya mengumpul sebanyak 10.1 ribu retweets dan 12.5 ribu tanda suka!

Ketika menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan telah menyumbang view, like dan comment sebagai tanda support kepada rider berkenaan.

Malah menurut mereka, karya yang dihasilkan sangat menyeronokkan untuk diilihat dan didengari meskipun tidak begitu memahami bahasa tamil.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter