Wanita ‘Play Victim’ Sampai Bakar Foto Pre-Wedding, Rupa-Rupanya…

Setiap insan yang mempunyai pasangan mengidamkan keindahan dalam menjejaki alam berumahtangga. Namun begitu, ada beberapa komplikasi yang mengakibatkan segelintir pasangan memutuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan mereka.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang wanita berkongsikan satu video di laman TikTok mengenai dia tidak jadi berkahwin disebabkan pengantin lelaki dikatakan bakal bernikah dengan pilihan orang tuanya.

Kisah wanita itu curi perhatian ramai dan mereka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @kayeeesss_, pelbagai persiapan telah dilakukan untuk majlis perkahwinan mereka akan tetapi lain pula yang berlaku.

Difahamkan bahawa tiga hari sebelum mereka bernikah, dia menerima berita bahawa bakal suaminya akan dikahwinkan dengan wanita lain yang merupakan pilihan orang tuanya.

Ekoran kecewa dengan kejadian tersebut, wanita berkenaan membakar segala foto ‘pre wedding’ yang telah siap diambil dan kad undangan majlis.

Katanya, dia percaya dengan perancangan Tuhan itu lebih baik daripada rancangannya dan redha dengan apa yang telah berlaku.

Walau bagaimanapun, lain pula kisah yang didedahkan oleh pihak pengantin lelaki.

Kata pengantin lelaki, mereka terpaksa membatalkan pernikahan itu kerana disebabkan wanita itu sendiri.

Hal ini disebabkan wanita tersebut telah meminta mas kahwin sebanyak satu geran rumah kira-kira empat hari sebelum majlis pernikahan itu bakal dilangsungkan.

Akhirnya pihak pengantin lelaki memutuskan untuk tidak memberikan sebarang mas kahwin dan terus membatalkan pernikahan tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @hokcay22 itu, dia turut menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut adalah palsu semata-mata dan cuba untuk ‘play victim’ dengan situasi yang telah berlaku.

Walaupun rancangan pernikahan itu dibatalkan, pihak lelaki masih lagi meneruskan majlis tersebut memandangkan semua persiapan telah pun dibayar.


Difahamkan, ibu kepada lelaki itu juga sempat memberikan nasihat dengan keadaan tenang iaitu tidak salah untuk keluarga wanita berkenaan meminta mas kahwin yang begitu akan tetapi ianya perlulah mengikut kemampuan bakal suami dan situasi mereka.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa lelaki itu dan menyatakan bahawa ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Antara komen netizen:

“semua rasa sakit jadikan sebuah energy kesuksesan yea bg amiiiin”

“biarlah semua ini jln allah .semoga dpt jodoh trbaik .bukan wanita matre”

Video yang tular:

@kayeeesss_

Berbahagialah, agar hancurku tak sia sia. Terimakasih november. 2021 dtg membawa bahagia, 2022 pergi membekaskan luka.

♬ suara asli – 🧚🏻‍♀️🧚🏻 – 🧚🏻‍♀️💔

@hokcay22

batal nikah karna maskawin minta sertipikat rumah gpp minta sertipikat rumah ini udh 4 hari mau acara klw dari awal nya bilang pasti aku pertimbangkan

♬ suara asli – RYAN DONO

@hokcay22

gagal nikah

♬ suara asli – RYAN DONO