“Ayokk sape buat dia merajuk” Bukan Biasa2 Lampu Isyarat Dilihat Tunduk Ke Bawah Buat Netizen Terhibur!

Umumnya, lampu isyarat jalan raya diletakkan di persimpangan bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dari satu arah ke arah yang lain. Bagaimanapun, kadang kala masih berlaku ralat dalam sistem atau alat tersebut.

Iospital phone repair gombak

Oleh itu, setiap pihak yang memandu sebarang kenderaan haruslah lebih berhati-hati jika situasi ini berlaku.

Terbaru, sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok telah pun tular yang memaparkan sebuah lampu isyarat dilihat menunduk ke bawah.

Video yang telah dimuat naik oleh pengguna @afiqazuwan itu menjadi bualan orang ramai dan membuatkan mereka tertanya-tanya mengenai situasi tersebut.

Berdasarkan video berkenaan, perakam dikatakan sedang menunggu isyarat lampu bertukar hijau di situ.

Tiba-tiba ternampak pula lampu isyarat di laluan sebelahnya yang menghadap ke bawah bukannya menghadap ke depan seperti biasa, lalu lantas merakam kondisi lampu isyarat yang pelik itu.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya yang lain turut berasa pelik dan hairan akan bagaimana pengguna jalan raya di situ melihat lampu isyarat berkenaan.

Namun begitu, lokasi tepat di mana terletaknya lampu isyarat itu masih belum dikenal pasti.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video ini telah berjaya meraih sebanyak 829.5K tontonan, 86.6K suka dan 2290 komen.

Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai tertanya-tanya akan bagaimana lampu isyarat tersebut boleh terbalik dan ada yang sempat berseloroh mengenai kondisi lampu isyarat tersebut.

Ada juga beberapa spekulasi yang muncul misalnya mungkin terdapat masalah teknikal sehingga mengakibatkan lampu isyarat tersebut menunduk sehingga ke bawah.

Antara komen netizen:

“Traffic light harry potter😂 laluan ke langit”

“😂 lampu isyarat pun reti penat nohhhh…dok tegak hari² bkn org nk bayarq hahahaha 😂😂”


“ayokk sape buat dia majuk Kesian dia wey pujuk laaa”

“Traffic light engkorg kemain lagi menjaga pandangan ekk”

“traffic light pegi kerajaan ayah pin ke tu 🤭”

Video yang tular:

@afiqazuwan Talaaa Kot Bawah Sapa Nak Tengokkk ‼️ #fyp#fypシ#fypシ゚viral ##foryoupage##TiktokGuru#BoyotTerpalingElok#BoyotPalingElok#BoyotUnboxingLagi ♬ Sneaky Puppy (Funny, Comical, Awkward) – DanielDay