Arus Air Banjir Makin Deras, Gelagat Lelaki Tetap ‘Santai’ Jual Satay Tepi Jalan Raih Perhatian Ramai

Menjadi seorang peniaga makanan bukanlah satu perkara yang mudah, terdapat pelbagai risiko dan salah satunya adalah cuaca yang tidak menentu kini.

Iospital phone repair gombak

Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa kawasan yang dilanda banjir dek kerana hujan lebat namun. Dalam keadaan seperti ini, ramai yang perlu kentalkan hati bagi mencari rezeki halal demi sesuap nasi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tetap gigih mencari rezeki dalam keadaan banjir mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zieyazareiffzafran, dapat kita lihat lelaki tersebut masih lagi sempat membuka gerai satay yang diusahakannya di tepi kaki jalan.

“Bertabah sahabatku.. demi mencari sesuap rice..” ujarnya

Kelihatan arus banjir tiba-tiba menjadi deras namun perkara itu tidak merisaukannya malah dia sangat santai menjamah nasi bungkus seakan tenang menghadapi segala ujian.

Manakan tidak, di dalam keadaan begitu, ramai yang bergelut mengangkut barang untuk berpindah bahkan mula panik melihat paras air naik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap peniaga tersebut yang sangat tenang menghadapi segala dugaan yang telah diberikan kepadanya sekaligus mendoakan agar rezekinya dipermudahkan.

“Uish! Dia buat macam musim panas tu. Santai!”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama ketika mencari rezeki demi sesuap nasi.

Antara komen warga maya:

“Bagai air yg laju tu.. Didoakan moga rezeki awak pun.. demikian juga. Berkat sabar dan Redha. Amiin.🤲”


“respect,bro.. Gigih tetap teruskan berusaha cari rezeki walaupun dugaan berat melanda. Moga rezeki bro sekeluarga sederas air banjir yg mengalir. Amin”

“Sempoi Bro….semua ini ujian darinya….tp mmg syahdu dgr banjir mcm dgr air terjun…pape pun semoga dipermudahkan urusan bro”

“semoga rezeki awak esok dan hari seterusnya akan lebih baik berbanding hari ni. bertabah la. sy pun seorang peniaga jugak sama mcm awak.”

Video yang tular di laman TikTok:

@zieyazareiffzafran Moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya #fypシ ♬ original sound – Zieya Zareiff Zafran